Rasanya rata-rata punya akaun Facebook. Begitu juga dengan aku. Rasanya baru tahun ini aku membuka akaun Facebook. Ini semua gara-gara teman baikku Syndee yang sentiasa menceritakan kepadaku betapa bagusnya Facebook ini. Disebabkan dia jugalah aku akhirnya membuka akaun Facebook dan Syndee adalah orang pertama yang aku add haha. Tak lama selepas itu makin ramai pula bekas teman-teman sekolah, poli dan universiti yang add aku. Betapa seronoknya rasa dapat mendengar khabar dari mereka setelah beberapa tahun tidak berhubung.
Mungkin dulu mereka adalah teman-teman yang paling rapat, kini semuanya sudah berubah. Masing-masing dengan hidup masing-masing. Jadi hubungan yang dulunya rapat kini terasa asing sekali. Mungkin mereka masih seperti dulu tetapi tidak aku. Susah rasanya untuk aku kembali seperti dulu. Sebenarnya bila bercerita pasal sekolah, seboleh-boleh aku cuba tak nak ingat. Tapi aku tahu aku tak mampu untuk melupakan segalanya. Terlalu banyak kenangan yang aku cuba lupakan. Tentang rakan yang menyakitkan hati, tentang guru yang bersikap kejam, tentang si dia yang mengubah hidupku, tentang segalanya.
Aku tak tahu apa salahku sehingga ada teman-teman yang sering mengusikku. Mungkin kerana sikapku yang kuat melawan. Ada yang suka ajuk cara aku jalan ish ish apa bendalah diorang tu. Bila aku tanya ada masalah ke dengan cara aku jalan? diorang kata ayu sangat, haha bodoh! Dekat sekolah dulu aku ada seorang guru favourite, dia ajar subjek Sejarah & B.Melayu. Cikgu tu memang baik walau mulut dia bising. Sebab dia jugalah, aku aktif dalam persatuan, kelab dan aktiviti sekolah. Tetapi entah macam mana waktu aku ditingkatan 3 dia dan beberapa orang guru telah menjatuhkan maruahku dihadapan teman-teman di kelas lain. Temanku sendiri yang memberitahu kepadaku selepas habis kelas Ya tuhan, malunya aku diwaktu itu. Tergamak seorang guru memalukan anak muridnya di depan khalayak. Kalau pun dia tak puas hati denganku kenapa dia tak berterus terang atau menasihatiku andai aku ada buat sesuatu yang salah. Semuanya gara-gara seorang guru disiplin terserempak dengan aku dan my bf di shopping complex. Yang aku tak faham, kami tak ada buat benda yang bukan-bukan. Kenapa terlalu besar fitnah yang mereka lemparkan ke atas aku seolah-olah aku yang bersalah. Patutlah sebelum itu si dia datang ke kelasku dan meminta aku mendiamkan diri andai ada guru yang bertanyakan soal kami. Dia kelihatan begitu tenang waktu itu, dan aku langsung tak sangka dia akan menemuiku kerana itulah kali pertama dia menemuiku dihadapan teman-teman. Memang terlalu besar dugaan di waktu itu, aku baru berusia 15 tahun. Alhamdulilah, perkara itu langsung tak melemahkan semangat aku. Si dia pernah memberitahu, walau apa pun yang berlaku dia akan bertanggungjawab. Kelakar pulak bila diingatkan, sebabnya memang tiada apa pun yang perlu dirisaukan sebenarnya. Mungkin dia takut kami akan dikenakan tindakan disiplin atau dibuang sekolah kot hehe. Tak sangka itulah dating kami yang pertama & terakhir...
^LoveMeCinta^