Selasa, 1 Februari 2011

Februari

Ya Tuhan, teruknya sakit perutku masih tak okay lg nih huhu sabar jelah coz ubt pon aku dah habis telan. Minggu ni dua hari je kerja coz suda mau raya cina maa. Minggu ni juga ada rombongan akan mai umah aku. Cer teka untuk apa?haha rombongan bertunang daa. Yang pasti rombongan tu dtg bukan untuk aku. Family di kampung akan singgah di KL dan terus ke Kedah. Selamat bertunang my kazen, aku tumpang bahagia haha.

Adik dah bertunang, abangnya pon dah otw, aku?tak tahulah bila turn aku pulak. InsyaAllah ada rezeki, mana tahu kot-kot aku menang pakej pertunangan dari Lestary Chinta dptla aku bertunang 'segera' hehe...Amin. Aku tak naklah disebabkan ramai yang dah bertunang aku pun kena join sekali ikut depa. Masih banyak urusan yang perlu disettlekan. Kalau boleh biarlah majlis tu nanti berjalan dengan sempurna di mata aku.
Tadi siang aku dapat undangan perkahwinan Aqid a.k.a my best fren! Tak sangka dlm diam2 dia merancang nak kahwin bulan 3 ni. Cepat sungguh masa berlalu. Makin ramai kawanku berumahtangga. Aku juga yg masih menunggu.

Tadi sempat aku check fesbuk, omg dia add aku balik?still hunting me?untuk apa eh?tak paham betul aku dengan perangai lelaki ni. So better aku ignore je coz no point aku kena add dia dlm fren list aku!~

^LoveMeCinta^

Lestary Chinta Studio 'Online Contest' Edisi 1 - Pertunangan : 'Melodi Indah Untuk Cinta Hatiku'

Dua Insan 

( Reen )

Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

( Khai )

Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hatiku tetap padamu

( Khai )

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

( Reen )

Biar masa berganti masa
Biar pun musim berganti musim
Telah kukatakan padamu oh sayang
(Khai & Reen )
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

( Reen )

Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Nanti jawabnya kepada mu
Kerna dikau cinta padaku

( Khai )

Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

( Khai & Reen )

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia oh
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

( Khai )

Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia

( Khai & Reen )

Telah kukatakan padamu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan
( Khai & Reen )
Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

( Khai & Reen )

Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hatiku tetap padamu




Kami tak pernah missed nyanyi lagu ni bila karaoke. Setiap bait-bait kata dalam lirik ni penuh bermakna dan romantis. Dari permulaan lagu sehinggalah keakhirnya, semuanya menggambarkan percintaan kami. Bila kau senyum, ku gembira bila kau sedih, ku menangis bagai taman rindukan kembang ku rindu wajahmu oh sayang. Kami tak sanggup melihat salah seorang di antara kami susah hati ataupun sedih. Biarlah kami sama-sama menanggung susah dan senangnya. Walaupun dah hampir 10 tahun kami saling mengenali tak pernah sekalipun kami berasa bosan apatah lagi jemu untuk bertemu. Di mana saja kau berada ku kan tetap bersamamu walaupun jasadku jauh namun hatiku tetap padamu. Kami selalu menghabiskan waktu bersama setiap waktu dan ketika. Walaupun kala hujan ataupun panas, kala susah ataupun senang. Dan walaupun ada ketikanya kami tak mungkin dapat meluangkan waktu bersama-sama, tapi kami yakin cinta kami tetap utuh di dalam hati. Bila saja halangan menimpa kerna cinta ada ku tetap setia hanya dikau dan asmara membuat hidupku bagai dalam syurga. Sepanjang perkenalan kami, terlalu banyak dugaan yang terpaksa kami lalui. Namun atas nama cinta, kami dapat melaluinya dan masih kekal, setia bersama sehingga ke hari ini. Dapat mengenali satu sama lain telah merubah hidup kami menjadi lebih bermakna dan bahagia. Biar masa berganti masa biar pun musim berubah telah kukatakan padamu oh sayang hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan. Akan kami pastikan, rasa kasih rasa sayang rasa cinta ini akan kekal dalam hati kami buat selama-lamanya dan tiada apa yang bisa memisahkan kami melainkan Yang Maha Pencipta.




Kenapa Reen berminat dan tertarik dengan perkhidmatan yg disediakan oleh Lestary Chinta Studio?Ada apa dengan Lestary Chinta Studio ni?hehe jawapannya senang sahaja. Sebab di Lestary Chinta Studio, macam-macam adaaaa!! Pakej pertunangan, perkahwinan, make-up, busana perkahwinan, gubahan hantaran, fotografi dan banyak lagi! Pendek kata, apa yg Reen inginkan untuk majlis pertunangan Reen nanti, ada di Lestary Chinta Studio. Yang paling best sekali, tiap kali Reen buka page Lestary Chinta Studio ni, Reen suka 'layan' galeri pertunangan. Perghhhh! mmg layan habislah bila tengok muka-muka bakal pengantin tu. Make-up yg sweet dan tip-top habis! Taklah 'over' macam sesetengah make-up artis tu, habis tenggelam rupa sebenar pengantin, so Reen tak naklah sampai orang tak kenal Reen lagi lepas di make-up. Yang penting bisa membuatkan si dia tersenyum memandang Reen sepanjang masa hehe, romantik kan? 

Reen berharap sangat untuk menang dalam online contest ini. Mengimpikan sebuah majlis pertunangan yang meriah dan sempurna dengan hasil kerja tangan dan kreativiti dari Lestary Chinta Studio pasti menjadikan momen itu sebagai yang terindah dalam hidupku. Jadi, dengan penuh yakin, Lestary Chinta Studio adalah pilihanku!~ 

^LoveMeCinta^ 

'Melodi Indah Untuk Cinta Hatiku'

Shhh diz iz ma secret