Sabtu, 23 Jun 2012

Aku!

Aku seorang wanita
Yang dicipta daripada rusuk seorang lelaki
Seorang lelaki yang dicipta oleh Ilahi
Yang berjodoh denganku sejak azali
Aku wanita yang ingin dikasihi
Yang mahu disayangi dan dicintai
Yang pastinya ingin dimiliki
Dimiliki oleh seseorang yang sudi
Seseorang yang tahu menghargai dan menjaga hati
Yang sentiasa berusaha untuk melindungi
Yang berbudi dan memahami
Dan yang hanya melabuhkan cintanya buatku
Demi meraih cinta Ilahi

^LoveMeCinta^

Duhai Hati, Tabahlah!

Petang ini aku rasa sayu sangat. Memikirkan soal jodoh antara aku dan dia. Memang benar kata orang, kalau dah ditakdirkan Allah kita bukan diciptakan untuknya, bercinta lama mana pun kita tetap juga takkan bersatu. Soal jodoh, siapa yang tahu. Itu rahsia Allah buat hambaNya. Adakah benar aku masih belum mendapat seru (dalam erti kata lain belum sampai seru) untuk berkahwin? Okay, lets say kalau dah sampai seru, surelah semuanya akan berjalan lancar. Pasti dah macam2 yang kami rancangkan sekarang ini sambil masing2 dah tak sabar untuk menunggu hari bahagia! Tapi realitinya, aku masih di sini sendirian, keseorangan memikirkan, merancang itu ini dan dipihaknya hanya berbicara apabila ditanya. Ya tuhan, dugaan apakah yang Kau berikan padaku ini. Adakah niat baikku ini tidak diterima oleh Mu. Aku perlu bersangka baik dengan Allah, kerana Dialah sebaik-baik pengatur.

Hatiku makin sayu dan sakit. Seakan-akan dicarik2 daging yang satu ini. Adakah kerana disaat aku menulis ini aku ditemani lagu latar ‘Butterfly by Melly ft Andhika’? Aku teringatkan segala kata-katanya dan juga janjinya kepadaku dulu. Adakah aku berpaut di dahan yang rapuh? Adakah dahan itu tidak lagi mampu untuk menahanku? Dan yang paling menakutkan aku, andai saja dahan itu membiarkanku jatuh tersungkur dan tidak mampu bangkit semula! (maaf, aku masih menggunakan bahasa kiasan di sini). Apa akan terjadi kepadaku andai benar ianya terjadi padaku? Dapatkah aku menerimanya dengan pasrah dan redha? Sebelas tahun usia perkenalan kami, tetap ada pasang surutnya. Namun dia tak pernah berubah, masih mengucapkan ‘143’ kepadaku tiap kali berbicara. Namun dalam hati, hanya dia saja yang tahu. Adakah masih sama rasa cinta itu seperti dulu ataupun sebenarnya kehadiranku hanyalah sebagai peneman hidupnya.

^LoveMeCinta^

Maafkan Aku, Aku Maafkan Kamu!

Selama hampir 27 tahun hidupku di dunia ini, rasanya terlalu banyak kekhilafan yang aku lakukan. Aku percaya ianya melebihi kebaikan yang pernah aku lakukan atau mungkin saja tiada satu pun kebaikan yang boleh diterima! Hanya yang mampu aku lakukan kini adalah bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Maafkan aku duhai hati-hati yang kecewa. Aku sedar, aku bukan insan yang sempurna dan untuk menjadi yang sempurna di matamu aku memang tidak layak. Ku mohon maafkan segala kesalahanku. Doakanlah kebahagiaanku. Andai pernah kalian menyumpahku dengan kata-kata yang tidak manis, ketahuilah bahawa aku tidak pernah menyalahkan kalian, kerana yang salah mungkin berpunca dariku. Andai saja kalian telah memaafkan aku, syukur alhamdulilah. Buat hati-hati yang menyakiti, aku doakan kalian berbahagia dengan jalan yang dipilih. Jangan diulangi apa yang pernah kalian lakukan kepadaku dulu kepada orang lain, kerana mungkin tiada lagi kemaafan buat kalian selepas ini. Dan buat aku, mungkin tiada lagi kemaafan yang layak diberi kepadaku selepas apa yang terjadi dulu. Walau apa pun yang berlaku, aku tidak ingin lagi memandang ke belakang kerana aku bukannya Doraemon yang bisa kembali ke masa lalu dan melihat masa depan. Tetapi, andai saja masa itu bisa berputar kembali, aku mungkin tidak akan menjadi ‘sesempurna' ini. Sempurna dalam erti kata, lengkap dengan segala cerita suka dan suka tangis dan tawa. Tetapi Cuma satu yang aku harapkan tak pernah tertulis dalam kisah hidupku. Hari di mana aku berubah menjadi seorang yang ‘buta’! Buta dalam membuat penilaian dan pertimbangan. Andai saja hari itu tidak wujud, pasti tiada hati2 yang terluka disebabkan aku. Allah lebih tahu~

^LoveMeCinta^

10kg Dalam Seminggu?!

10kg dalam seminggu? Biar betik! (istilah anak muda zaman kini). Percaya @ tak? Ceritanya begini, sejak aku ambil suplemen Acai Beri seminggu yang lalu ada perubahan drastik yang berlaku pada diriku. Mula2 aku rasa macam biasa je, takde efek apa pun (macam angin, kerap buang air etc). Tapi selepas 2 hari, aku mula hilang selera makan. Kalau dulu, pantang nampak makanan, lauk pauk, kuih muih (cekodok pun nampak sedap bagi aku) laju je tangan ni nak mengambil. Tapi kini, semuanya aku pandang dengan pandangan sepi (sila imagine situasi ini). Langsung tak terbuka selera aku! Ok, itu kesan yang pertama. Yang kedua pula, badan aku dah mula mengeluarkan banyak angin! Sikit2 sendawa. Mungkin sebab aku tak makan, tu yang perut masuk angin. Nak buat macam mana kalau setiap kali nampak makanan aku langsung putus selera. So sejak itu, aku hanya makan untuk alas perut. Aku minum (memang berbotol botol), makan biskut @ roti sahaja hari-hari. Itu jelah menu aku. Kalau teringin sangat, aku order je kuew teow @ burger hehe.

Itu cerita minggu lepas. Tapi lain pula ceritanya dengan minggu ini. Pernah dengar Diet Atkins? Diet yang buat kita skip karbo dan gantikan dengan protein. Yes! Itulah yang aku amalkan sekarang. Aku tak makan nasi, memang aku tak sentuh langsung buat masa sekarang. Roti pun aku dah tak makan sebab tinggi karbo macam nasi. Bihun, mee bolehlah makan sikit tapi kuew teow kena elakkan (katanya?!) Pendek kata kalau nak makan, sila ambil PROTEIN sahaja. Ikan, ayam, daging, telur, sayur hijau etc. Say no to KARBO. Tapi taklah bermaksud selamanya, if badan kita dah boleh terima dengan perubahan itu selepas 2 minggu (atau mungkin juga lebih), kita dah boleh ambil semula karbo tapi dalam kuantiti yang sedikit.

So apa kaitannya 10kg, Acai Beri dan Diet Atkins? Mestilah semuanya berkaitan dengan aku! Sebenarnya tiada jalan mudah untuk cantik. Kita perlu ada kaedah yang betul dan usaha yang berterusan. Barulah boleh berjaya!

^LoveMeCinta^