Selama hampir 27 tahun hidupku di dunia ini, rasanya terlalu banyak kekhilafan yang aku lakukan. Aku percaya ianya melebihi kebaikan yang pernah aku lakukan atau mungkin saja tiada satu pun kebaikan yang boleh diterima! Hanya yang mampu aku lakukan kini adalah bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Maafkan aku duhai hati-hati yang kecewa. Aku sedar, aku bukan insan yang sempurna dan untuk menjadi yang sempurna di matamu aku memang tidak layak. Ku mohon maafkan segala kesalahanku. Doakanlah kebahagiaanku. Andai pernah kalian menyumpahku dengan kata-kata yang tidak manis, ketahuilah bahawa aku tidak pernah menyalahkan kalian, kerana yang salah mungkin berpunca dariku. Andai saja kalian telah memaafkan aku, syukur alhamdulilah. Buat hati-hati yang menyakiti, aku doakan kalian berbahagia dengan jalan yang dipilih. Jangan diulangi apa yang pernah kalian lakukan kepadaku dulu kepada orang lain, kerana mungkin tiada lagi kemaafan buat kalian selepas ini. Dan buat aku, mungkin tiada lagi kemaafan yang layak diberi kepadaku selepas apa yang terjadi dulu. Walau apa pun yang berlaku, aku tidak ingin lagi memandang ke belakang kerana aku bukannya Doraemon yang bisa kembali ke masa lalu dan melihat masa depan. Tetapi, andai saja masa itu bisa berputar kembali, aku mungkin tidak akan menjadi ‘sesempurna' ini. Sempurna dalam erti kata, lengkap dengan segala cerita suka dan suka tangis dan tawa. Tetapi Cuma satu yang aku harapkan tak pernah tertulis dalam kisah hidupku. Hari di mana aku berubah menjadi seorang yang ‘buta’! Buta dalam membuat penilaian dan pertimbangan. Andai saja hari itu tidak wujud, pasti tiada hati2 yang terluka disebabkan aku. Allah lebih tahu~
^LoveMeCinta^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan