Petang ini aku rasa sayu sangat. Memikirkan soal jodoh antara aku dan dia. Memang benar kata orang, kalau dah ditakdirkan Allah kita bukan diciptakan untuknya, bercinta lama mana pun kita tetap juga takkan bersatu. Soal jodoh, siapa yang tahu. Itu rahsia Allah buat hambaNya. Adakah benar aku masih belum mendapat seru (dalam erti kata lain belum sampai seru) untuk berkahwin? Okay, lets say kalau dah sampai seru, surelah semuanya akan berjalan lancar. Pasti dah macam2 yang kami rancangkan sekarang ini sambil masing2 dah tak sabar untuk menunggu hari bahagia! Tapi realitinya, aku masih di sini sendirian, keseorangan memikirkan, merancang itu ini dan dipihaknya hanya berbicara apabila ditanya. Ya tuhan, dugaan apakah yang Kau berikan padaku ini. Adakah niat baikku ini tidak diterima oleh Mu. Aku perlu bersangka baik dengan Allah, kerana Dialah sebaik-baik pengatur.
Hatiku makin sayu dan sakit. Seakan-akan dicarik2 daging yang satu ini. Adakah kerana disaat aku menulis ini aku ditemani lagu latar ‘Butterfly by Melly ft Andhika’? Aku teringatkan segala kata-katanya dan juga janjinya kepadaku dulu. Adakah aku berpaut di dahan yang rapuh? Adakah dahan itu tidak lagi mampu untuk menahanku? Dan yang paling menakutkan aku, andai saja dahan itu membiarkanku jatuh tersungkur dan tidak mampu bangkit semula! (maaf, aku masih menggunakan bahasa kiasan di sini). Apa akan terjadi kepadaku andai benar ianya terjadi padaku? Dapatkah aku menerimanya dengan pasrah dan redha? Sebelas tahun usia perkenalan kami, tetap ada pasang surutnya. Namun dia tak pernah berubah, masih mengucapkan ‘143’ kepadaku tiap kali berbicara. Namun dalam hati, hanya dia saja yang tahu. Adakah masih sama rasa cinta itu seperti dulu ataupun sebenarnya kehadiranku hanyalah sebagai peneman hidupnya.
^LoveMeCinta^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan