Selasa, 4 Jun 2013

Sempurna!

Alhamdulilah! Dah hampir enam bulan kami mendirikan rumahtangga. Hari2 yang aku lalui semuanya sempurna, cukup membahagiakan. Aku sekarang berulang-alik dari Selayang - Putrajaya. So cuti hari minggu, aku habiskan dengan lepak bersama suami di rumah. Jarang dah keluar ke mana-mana, malas mungkin. Banyak juga yang telah berubah. Kalau dulu, kami selalu jugalah keluar pi mana-mana, alah setakat cuci mata je pon. Tapi lately memang dah jarang sangat. Nak keluar beli barang dapur pon beli kat kedai je haha (emang dasar pemalas). 

Bila dah kahwin ni segala perbelanjaan isi rumah dah menjadi tanggungjawab bersama. So segala bil-bil rumah kami kongsi bersama. Baguskan! (sangattttt!! hahaha!!) Setakat ni Alhamdulilah, takde lagi masalah bil-bil tertunggak, yelah duduk pon berdua & waktu malam je pon so berapalah sangat bilnya. Lainlah akan datang, dah bertiga berempat berlima (amin!!) mungkin makin mencabar dugaannya (get ready dear!!). Adalah juga gaduh-gaduh manja, tapi aku selalu ingat pesan nenek hal-hal kecil jangan dibesar-besarkan (huhuhu!!) walaupun hakikatnya hal-hal sekecil kuman pon kalau dibiarkan pasti akan melarat juga akhirnya. Untuk itu duhai hati, tabahlah! Perjalanan kita masih jauh. Sempurna itu milik Allah.


^LoveMeCinta^