Jumaat, 1 Januari 2010

Ada apa dengan status?

Persoalan ni sudah berkali-kali bermain dikotak fikiranku selama ini. Ada apa dengan status? Bagiku kalau seseorang itu sudah bertunang ataupun berkahwin, dia perlu berterus terang dengan statusnya. Kalau sudah berkahwin janganlah mengaku bujang. Tak sayangkah dengan hubungan suci yang telah dibina sampai 'malu' untuk mengakuinya. Tetapi bagaimana pula dengan pasangan kekasih? Adakah kita perlu memberitahu orang lain bahawa diri kita sudah berpunya. Dalam erti kata lain, sedang dalam perhubungan. Kebiasaanya pada awal perkenalan tak ramai yang akan mengaku yang mereka sudah mempunyai kekasih. Tetapi lama kelamaan mereka akan berterus terang juga.
Aku? Dulu aku rasa tak ada sebab untuk memberitahu orang lain yang aku sudah mempunyai kekasih. Bagi aku, biarlah aku sendiri dan kekasihku saja yang tahu dan orang lain tidak perlu tahu kerana bukanlah satu kepentingan bagi mereka pun untuk mengetahuinya. Tetapi lama kelamaan aku rasa bertanggungjawab untuk memberitahu mereka tentang statusku supaya tiada masalah dikemudian hari. Aku tak mahu merosakkan hubunganku dengan kekasihku. Dia mungkin berfikir yang aku cuba menyorokkan statusku untuk berkenalan dengan lebih ramai teman. Semua itu salah! Aku hanya berasa ianya sesuatu yang tidak penting untuk diberitahu atau dikongsikan.
Banyak pro dan kontra dalam merahsiakan status kita. Aku bercakap dalam konteks hubungan percintaan antara kekasih. Melalui pengalaman aku, apabila kita berterus terang yang kita sudah mempunyai teman lelaki, peratus hubungan itu kekal amatlah kurang berbanding jika tidak memberitahu status kita. Kebaikannya pula, jika memberitahu status kita awal-awal dapat mengelakkan diri kita terperangkap dalam cinta bersegi-segi. Maksud aku untuk mengelakkan orang lain menaruh hati dan ingin menjadikan kita sebagai kekasih mereka. Yang terbaik adalah bersikap jujur dalam perhubungan. Aku dah pun melaluinya. Aku tak mahu mengulanginya semula. Niatku yang baik asyik disalah ertikan. Hubungan yang aku anggap hanya persahabatan sering disalah tafsir. Dan sekarang aku mengistiharkan bahawasanya aku telah berpunya. Sebenarnya telah lama hatiku dimiliki oleh seorang lelaki yang ku kenal hampir lapan tahun lamanya. Aku harap kisah-kisah lalu dapat ku jadikan pengajaran di masa hadapan. Tak sanggup untuk aku mengewakan hati insan yang sentiasa mempercayaiku dan menyintaiku. Buat Papa, Mama terlalu sayangkan Papa!!~


^LoveMeCinta^