Selasa, 15 Disember 2009

Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...Amin.
^LoveMeCinta^

Satu permulaan

Assalammualaikum...
Alhamdulilah, akhirnya wujud juga blog tentang aku. Kenapa 'Love Me Cinta'? Kerana bagi aku cintalah segalanya. Siapa yang boleh hidup tanpa cinta, betul tak? Walau kadang kala cinta membuatkan kita merana owhh no! Sebenarnya sudah lama aku tinggalkan bidang penulisan. Aku tidak lagi menulis. Penaku tidak setajam dulu. Jariku seakan-akan berat untuk menulis patah-patah kata. Otakku pula semakin berat untuk berfikir. Bukan aku tiada keinginan untuk menulis tetapi pendek kata aku seperti sudah hilang magik. Tetapi sekarang tidak lagi, mulai sekarang aku akan kembali menulis.
^LoveMeCinta^