Selasa, 15 Disember 2009

Satu permulaan

Assalammualaikum...
Alhamdulilah, akhirnya wujud juga blog tentang aku. Kenapa 'Love Me Cinta'? Kerana bagi aku cintalah segalanya. Siapa yang boleh hidup tanpa cinta, betul tak? Walau kadang kala cinta membuatkan kita merana owhh no! Sebenarnya sudah lama aku tinggalkan bidang penulisan. Aku tidak lagi menulis. Penaku tidak setajam dulu. Jariku seakan-akan berat untuk menulis patah-patah kata. Otakku pula semakin berat untuk berfikir. Bukan aku tiada keinginan untuk menulis tetapi pendek kata aku seperti sudah hilang magik. Tetapi sekarang tidak lagi, mulai sekarang aku akan kembali menulis.
^LoveMeCinta^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan