Selasa, 12 April 2011

Areen-Niaga

Dengan bangganya bermula dari semalam aku dah mula berbisnes kain sulam. Aku dah wujudkan satu blog untuk menjalankan urusan jual beli, iaitu areen-niaga@blogspot.com. Semalam aku dah mula menjual kain-kain sulam di pejabat dan insyaAllah lepas ini aku akan mula upload gambar-gambar di blog dan juga FB. Kalau diizinkan InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Seronok sebenarnya berniaga ni, memang aku minat sangat untuk bergiat aktif dalam bidang jual menjual ni. So kawan2 silalah sokong saya ye!~

^LoveMeCinta^

Jumaat, 1 April 2011

Kembali Bekerja!

Hari ini bersamaan 1 April 2011, aku kembali bekerja setelah hampir seminggu bercuti. dan seperti yang telah ku jangka, berlambak dokumen di atas mejaku. Nota SEGERA dikepilkan bersama. Apa maksudnya?tentulah harus disiapkan dan diambil perhatian. Tetapi aku memegang kata-kata ayah dan mama. Buat kerja biar pelan-pelan, kerja sampai bila-bila pun tak akan habis. Jadi, hari ini mungkin aku akan buat OT untuk tampung kerja yang banyak ni. Kak Sahida pun cuti 2 minggu. Jadi sudah pasti ramailah konsultan dan kontraktor yang mencari kami dalam minggu ni. Alhamdulilah kesihatan ditahap baik dan aku masih mampu menghadirkan diri ke opisku pagi ni, terima kasih Ya Tuhan. Mood pun baik, senang hati dan lapang dada. Harapnya biarlah sampai ke petang, biar aku hadapi semuanya dalam keadaan tenang hari ini InsyaAllah. Untuk post yang akan datang baru aku akan coretkan segala pengalamanku di Padang, tunguuuu!~

^LoveMeCinta^