Khamis, 6 Jun 2013

Seminggu Yg Bosan!

Serius aku cakap, minggu ni memang aku dilanda kebosanan yang teramatlah sangat! Pasai apa?pasai takde keje nak buat kat opis. Kalau dah takde keje memang mati kutu aku dibuatnya. Dahlah sejuk nak mam*** kat opis ni ditambah lagi dengan kemalasan melampau memang bosanlah jadinya. Hari-hari yang dilalui sangatlah suram dan masa pon berjalan dengan lambatnya. Asyik2 aku tengok jam. Pukul 9 pagi dah goyang kaki! Lepas tu jalan-jalan cari kerja turun naik turun naik itulah yang aku buat sepanjang minggu ni. Bila dah naik memang duduk kat atas jelah jawabnya sampailah ke petang. Bukak web itu ini baca kisah artis hal politik berita semasa hal ehwal dunia semuanya aku explore sampai mabuk jadinya. Memang bosan gila-gila! Lepas tu tengok jam haishhh baru pukul 11:30 pagi! Giler lambat lagi nak balik huhu. Lepas tu bangun dari kerusi pi kacau orang haha dorang dah tentulah ada kerja kan. Baca paper (walaupun dah bukak paper online) bosan punya gila hadap jugaklah mataku membaca. So time lunch, aku start try memejamkan mata (kalau bolehlah ye) memang tak pernahlah aku tido kat opis. Tak selesa wehh beralaskan meja tidonya dahlah aku duduk depan sekali (macam ketua kelas) konpem2 lah banyak mata yang usha aku tido nanti. Perdulikkan, aku bosan aku takde keje aku nak tido hahaha buat macam rumah sendiri. Ada gak aku terfikir nak balik je rumah lepas punch tapi macam malas je nak datang opis balik nanti (buang karenn) so better aku duduk je kat opis ni huhu. Dan disebabkan juga oleh kelapangan waktu yang aku ada ni aku telah berjaya menjejak 'kawan'2' lama. Dem! menyesal pulak rasa hati. Kisah lama jangan dikenang, lagi dikenang meranalah diri. So aku tutup blog dorang! Nanti makin lama aku tatap, makin teringat plak hal-hal lama. So better aku buat tak tahu habis cerita. Cukuplah aku 'menderita' dulu. Haha betul ke ayat yang aku guna tu lantaklah kan. Hanya aku je yang tahu apa yang pernah aku lalui suatu ketika dulu. Serius, i have a bad memories! Semuanya berkisarkan kisah sedih hitam pekat kelat! Dem it! Ok now seriously i'm bored & talk like a shit!


^LoveMeCinta^

Selasa, 4 Jun 2013

Sempurna!

Alhamdulilah! Dah hampir enam bulan kami mendirikan rumahtangga. Hari2 yang aku lalui semuanya sempurna, cukup membahagiakan. Aku sekarang berulang-alik dari Selayang - Putrajaya. So cuti hari minggu, aku habiskan dengan lepak bersama suami di rumah. Jarang dah keluar ke mana-mana, malas mungkin. Banyak juga yang telah berubah. Kalau dulu, kami selalu jugalah keluar pi mana-mana, alah setakat cuci mata je pon. Tapi lately memang dah jarang sangat. Nak keluar beli barang dapur pon beli kat kedai je haha (emang dasar pemalas). 

Bila dah kahwin ni segala perbelanjaan isi rumah dah menjadi tanggungjawab bersama. So segala bil-bil rumah kami kongsi bersama. Baguskan! (sangattttt!! hahaha!!) Setakat ni Alhamdulilah, takde lagi masalah bil-bil tertunggak, yelah duduk pon berdua & waktu malam je pon so berapalah sangat bilnya. Lainlah akan datang, dah bertiga berempat berlima (amin!!) mungkin makin mencabar dugaannya (get ready dear!!). Adalah juga gaduh-gaduh manja, tapi aku selalu ingat pesan nenek hal-hal kecil jangan dibesar-besarkan (huhuhu!!) walaupun hakikatnya hal-hal sekecil kuman pon kalau dibiarkan pasti akan melarat juga akhirnya. Untuk itu duhai hati, tabahlah! Perjalanan kita masih jauh. Sempurna itu milik Allah.


^LoveMeCinta^