Jumaat, 1 Januari 2010

Ada apa dengan status?

Persoalan ni sudah berkali-kali bermain dikotak fikiranku selama ini. Ada apa dengan status? Bagiku kalau seseorang itu sudah bertunang ataupun berkahwin, dia perlu berterus terang dengan statusnya. Kalau sudah berkahwin janganlah mengaku bujang. Tak sayangkah dengan hubungan suci yang telah dibina sampai 'malu' untuk mengakuinya. Tetapi bagaimana pula dengan pasangan kekasih? Adakah kita perlu memberitahu orang lain bahawa diri kita sudah berpunya. Dalam erti kata lain, sedang dalam perhubungan. Kebiasaanya pada awal perkenalan tak ramai yang akan mengaku yang mereka sudah mempunyai kekasih. Tetapi lama kelamaan mereka akan berterus terang juga.
Aku? Dulu aku rasa tak ada sebab untuk memberitahu orang lain yang aku sudah mempunyai kekasih. Bagi aku, biarlah aku sendiri dan kekasihku saja yang tahu dan orang lain tidak perlu tahu kerana bukanlah satu kepentingan bagi mereka pun untuk mengetahuinya. Tetapi lama kelamaan aku rasa bertanggungjawab untuk memberitahu mereka tentang statusku supaya tiada masalah dikemudian hari. Aku tak mahu merosakkan hubunganku dengan kekasihku. Dia mungkin berfikir yang aku cuba menyorokkan statusku untuk berkenalan dengan lebih ramai teman. Semua itu salah! Aku hanya berasa ianya sesuatu yang tidak penting untuk diberitahu atau dikongsikan.
Banyak pro dan kontra dalam merahsiakan status kita. Aku bercakap dalam konteks hubungan percintaan antara kekasih. Melalui pengalaman aku, apabila kita berterus terang yang kita sudah mempunyai teman lelaki, peratus hubungan itu kekal amatlah kurang berbanding jika tidak memberitahu status kita. Kebaikannya pula, jika memberitahu status kita awal-awal dapat mengelakkan diri kita terperangkap dalam cinta bersegi-segi. Maksud aku untuk mengelakkan orang lain menaruh hati dan ingin menjadikan kita sebagai kekasih mereka. Yang terbaik adalah bersikap jujur dalam perhubungan. Aku dah pun melaluinya. Aku tak mahu mengulanginya semula. Niatku yang baik asyik disalah ertikan. Hubungan yang aku anggap hanya persahabatan sering disalah tafsir. Dan sekarang aku mengistiharkan bahawasanya aku telah berpunya. Sebenarnya telah lama hatiku dimiliki oleh seorang lelaki yang ku kenal hampir lapan tahun lamanya. Aku harap kisah-kisah lalu dapat ku jadikan pengajaran di masa hadapan. Tak sanggup untuk aku mengewakan hati insan yang sentiasa mempercayaiku dan menyintaiku. Buat Papa, Mama terlalu sayangkan Papa!!~


^LoveMeCinta^

Khamis, 31 Disember 2009

Tahun Baru 2010

Malam ini kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2010. Apa yang telah kita lalui dan peroleh sepanjang tahun 2009 harapnya akan berterusan sehingga ke tahun hadapan. Apa azam tahun baru anda? Azam tahun baru aku semoga aku menjadi seorang muslimah yang betul-betul mengenal tuhannya, agamanya, syiarnya dan dirinya. Aku sedar terlalu banyak dosa-dosaku yang lepas. Sehingga tak tertanggung rasanya. Aku juga sedar ada ketika aku telah menghampakan kedua orang tuaku. Dan aku harap aku dapat ubah diriku menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kini umurku 25 tahun. Banyak perkara yang aku harus lakukan segera. Ini bukan lagi tahun-tahun untuk bersuka ria tetapi aku harus menjadi lebih serius memikirkan soal masa depan. Memandangkan aku telah tamat pengajian, jadi aku harap semoga aku cepat dapat kerja. Dapatlah aku langsaikan hutang PTPTN dan juga bagi duit belanja untuk kedua orang tuaku. Selebihnya aku akan gunakan buat belanja dan juga simpanan. Cukup duit, InsyaAllah bolehlah aku kahwin hehe. Bukannya muda lagi, benda baik buat apa nak tangguh-tangguh. Semoga semuanya berjalan dengan sempurna....AMIN.


^LoveMeCinta^

Isnin, 28 Disember 2009

Relationship

Be honest with yourself if your current relationship has been less than satisfactory lately. Try talking about what isn't working with one another. If you fail to see eye to eye on an important matter, there's no use trying to avoid it. Time is too precious to waste on being unhappy. Don't ignore the lessons of the past. They're more applicable than you think.
^LoveMeCinta^

Sabtu, 26 Disember 2009

Aku Rindu

Pagi nanti kedua orang tuaku akan pulang ke Malaysia. Macam-macam yang aku rasa disaat ini. Disebalik kepulangan mereka, aku mula rindukan kekasihku. Yelah, sepanjang ketiadaan orang tuaku ini dialah yang banyak membantuku. Ya, aku tidak boleh berjauhan dengannya, mulalah aku berasa rindu, risau dan bosan. Nak buat macam mana kami tiada apa-apa ikatan sah lagi. InsyaAllah, ada jodoh cepatlah kami bersatu. Aku betul-betul ingin bersamanya di sepanjang hayatku ini. Mama sayangkan papa!!~
^LoveMeCinta^

Khamis, 17 Disember 2009

Menanti kepulangan

Lagi seminggu kedua orang tuaku akan pulang dari menunaikan haji. InsyaAllah, kepulangan mereka nanti akan membawa gelaran Haji dan juga Hajah. Sepanjang pemergian mereka, aku tinggal bertiga dengan adik-adikku. Ramai yang tidak menggalakkan kami duduk bertiga di rumah, bahaya kata mereka. Mungkin mereka risaukan kami. Sebenarnya aku dan adik kembarku lebih selesa dan senang berada di rumah sendiri daripada terpaksa menumpang di rumah orang lain ataupun pulang ke kampung. Di rumah sendirikan lebih bebas, aku sendiri tidak pernah menyekat adik kembarku untuk bermain atau membuat sepah asalkan mereka mengemas balik selepas bermain. Alhamdulilah hampir sebulan sudah, semuanya berjalan dengan lancar. Hari-hariku berlalu seperti biasa. Mengemas rumah, memasak, mencuci, pendek kata selagi belum tutup mata, kerja, kerja dan kerja. Selama sebulan jugalah adik kembarku hanya terperap di rumah, melayan televisyen dan internet sampai mereka mengelak untuk ke luar rumah takut cair terkena panahan mentari haha. Buat adik kembarku, selepas ini tak ada alasan lagi ok
^LoveMeCinta^