Ahad, 10 Januari 2010

Kerja Ohh Kerja

Dah hampir lapan minggu aku dok menganggur tak bekerja. Al maklumlah baru habis belajar. Bukannya aku dok saja goyang kaki atau besarkan badan kat rumah ni. Hari-hari aku tanam anggur tau. Ladang aku adalah kira-kira 22' x 22' besarnya hehe. Itulah kerja aku, dok main game farmville siang malam pagi petang. Nak buat macam mana, dah ketagih bercucuk tanam. Semuanya gara-gara my bf la. Kalau bukan kerana dia yang menjadi sifunya sampai bila-bila pun aku tak akan main game-game yang berlambak kat facebook tu.


Berbalik kepada cerita pasal kerja tadi, ramai juga teman-temanku yang telah bekerja. Rezeki merekalah kan, alhamdulilah. Hari-hari aku tengok dekat internet kot-kot ada kerja kosong, tapi susah sikitlah. Banyak yang bukan dari bidangku dan luar dari Kuala Lumpur @ Selangor. Susahlah kalau terpaksa kerja jauh, aku pun baru nak cari pengalaman. Aku masih mencari kalau-kalau ada jawatan kosong di FRIM dan UPM. Bukannya apa, kedua-dua tempat ni agak familiar bagi aku hehe. Kalau boleh aku nak juga apply guru, tapi tiada tawaran KPLI dan DPLI untuk tahun 2010 ni.


Kerja apa yang aku cari sebenarnya? Aku taklah berkira sangat dalam soal ni, janji kerja tu sesuai denganku. Aku nak kerja dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Menjadi seorang pegawai penyelidik ataupun pegawai sains. Selain itu aku berminat juga menjadi guru sains ataupun menjadi seorang pensyarah. Pendek kata apa saja yang berkaitan dengan SAINS pasti aku mahu. Tapi kenapa aku rasa bidang yang aku ambil ni macam susah je nak dapat kerja. Bila aku masukkan data dalam pencarian kerja langsung tak ada yang match huhu. Pasal nak cari kerja ni, aku naklah atas daya usaha aku sendiri. Boleh je kalau aku nak minta tolong kedua orang tuaku tapi biarlah aku cuba cari dulu kot-kot tersangkut kat mana-mana kan. Tapi makin aku carik, makin lama makin tension aku jadinya. Kenapa susah sangat nak cari kerja ni. Aku tak nak menganggur lama-lama, tekanan dowhhh!!~


^LoveMeCinta^

Sabtu, 2 Januari 2010

Arghhh tension

Sedihnya aku rasa disaat ini. Penat aku menelefon dan menghantar mesej kepadanya tapi langsung tak berbalas. Mungkin dia tidur mati. Kalaupun tak ada kredit janganlah sampai tak jawab panggilanku. Aku rasa semakin jauh darinya. Adakah dia menyembunyikan sesuatu dari pengetahuanku? Dari pagi aku mencarinya baru petang ni dia menelefonku. Alasannya, TIDUR. Ehh ada pula kredit semalam kata takde, hurmmm. Dia kata anak buah dia tolong belikan. Hurmmm bukan aku ada telefon dia ke sebelum ini? kenapa tak jawab sedangkan dia dah berjaga. Tak sampai berapa minit berbual, telefon dimatikan. Tiada langsung ucapan maaf dari bibirnya. Ya, aku rasa diriku tak dihargai. Kalau aku bercakap panjang lebar dengannya nanti mesti dia akan membatu seakan malas nak melayan bebelanku. Ya, aku mampu bersabar. Memang begitulah sikapnya sebelum-sebelum ini. Aku dah penat, aku betul-betul penat dengan sikapnya yang seolah-olah tidak pedulikan hati, perasaan dan kemahuanku. Mahu saja aku membuat bodoh dan tidak mempedulikan dia lagi. Tapi sampai bila aku mampu berdiam diri. Kalau aku bersikap tak acuh mungkin sampai bila-bila pun dia tak akan sedar. Entahlah, aku dah malas nak fikirkan semua ini lagi. Ianya sering membebankan otakku. Macam ini ke dinamakan kekasih? Di mana dia saat aku perlukan perhatiannya. Cukuplah...aku dah tak mampu nak teruskan semua ini.


^LoveMeCinta^




Kenapa dengaku?

Kenapa keadaan ini merimaskan aku. Ya aku tahu aku bukanlah seorang yang baik. Kadangkala aku disukai kerana sikapku dan kadangkala pula aku dibenci. Aku tak tahu bagimana harus aku pamerkan sikapku. Aku cepat bosan, aku mudah marah. Kadang-kadang aku akan rasa marah, benci, bosan tanpa sebab. Semua yang aku pamerkan banyak yang bersifat negatif. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Adakah aku memang dilahirkan dengan sifat-sifat yang buruk. Sampai kadangkala aku menyalahkan namaku yang mungkin membawa makna kurang baik. Aku cuba sedaya upaya untuk ubah diriku. Tapi perubahan tu tak lama. Dan akhirnya aku kembali ke perangai asalku. Kesian aku melihat orang-orang disekelilingku yang terpaksa menahan sabar dengan sikapku ini. Aku tahu aku bukanlah seburuk dna sejahat yang disangka. Aku pun punya hati dan perasaan. Aku tak dapat bayangkan keadaan diriku bila bekerja nanti. Mesti terlalu banyak tekanan yang akan aku hadapi. Aku tak bersedia lagi untuk semua itu. Mungkinkah aku menghadapi masalag jiwa disebabkan tekanan yang melampau yang tak pernah aku luahkan. Ada juga aku terfikir untuk berubat dan memulihkan semangatku. Aku rasa lemah, aku semakin lemah. Aku sentiasa berdoa semoga aku mendapat kesihatan yang baik. Mama pun tahu yang aku ni sering sakit-sakit. Mama sendiri cakap aku ni lemah orangnya tak seperti adik-adikku yang lain. Aku pun tak tahu mengapa aku jadi begini. Apa yang harus aku lakukan? Arghhhh!!~


^LoveMeCinta^

Jumaat, 1 Januari 2010

Ada apa dengan status?

Persoalan ni sudah berkali-kali bermain dikotak fikiranku selama ini. Ada apa dengan status? Bagiku kalau seseorang itu sudah bertunang ataupun berkahwin, dia perlu berterus terang dengan statusnya. Kalau sudah berkahwin janganlah mengaku bujang. Tak sayangkah dengan hubungan suci yang telah dibina sampai 'malu' untuk mengakuinya. Tetapi bagaimana pula dengan pasangan kekasih? Adakah kita perlu memberitahu orang lain bahawa diri kita sudah berpunya. Dalam erti kata lain, sedang dalam perhubungan. Kebiasaanya pada awal perkenalan tak ramai yang akan mengaku yang mereka sudah mempunyai kekasih. Tetapi lama kelamaan mereka akan berterus terang juga.
Aku? Dulu aku rasa tak ada sebab untuk memberitahu orang lain yang aku sudah mempunyai kekasih. Bagi aku, biarlah aku sendiri dan kekasihku saja yang tahu dan orang lain tidak perlu tahu kerana bukanlah satu kepentingan bagi mereka pun untuk mengetahuinya. Tetapi lama kelamaan aku rasa bertanggungjawab untuk memberitahu mereka tentang statusku supaya tiada masalah dikemudian hari. Aku tak mahu merosakkan hubunganku dengan kekasihku. Dia mungkin berfikir yang aku cuba menyorokkan statusku untuk berkenalan dengan lebih ramai teman. Semua itu salah! Aku hanya berasa ianya sesuatu yang tidak penting untuk diberitahu atau dikongsikan.
Banyak pro dan kontra dalam merahsiakan status kita. Aku bercakap dalam konteks hubungan percintaan antara kekasih. Melalui pengalaman aku, apabila kita berterus terang yang kita sudah mempunyai teman lelaki, peratus hubungan itu kekal amatlah kurang berbanding jika tidak memberitahu status kita. Kebaikannya pula, jika memberitahu status kita awal-awal dapat mengelakkan diri kita terperangkap dalam cinta bersegi-segi. Maksud aku untuk mengelakkan orang lain menaruh hati dan ingin menjadikan kita sebagai kekasih mereka. Yang terbaik adalah bersikap jujur dalam perhubungan. Aku dah pun melaluinya. Aku tak mahu mengulanginya semula. Niatku yang baik asyik disalah ertikan. Hubungan yang aku anggap hanya persahabatan sering disalah tafsir. Dan sekarang aku mengistiharkan bahawasanya aku telah berpunya. Sebenarnya telah lama hatiku dimiliki oleh seorang lelaki yang ku kenal hampir lapan tahun lamanya. Aku harap kisah-kisah lalu dapat ku jadikan pengajaran di masa hadapan. Tak sanggup untuk aku mengewakan hati insan yang sentiasa mempercayaiku dan menyintaiku. Buat Papa, Mama terlalu sayangkan Papa!!~


^LoveMeCinta^

Khamis, 31 Disember 2009

Tahun Baru 2010

Malam ini kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2010. Apa yang telah kita lalui dan peroleh sepanjang tahun 2009 harapnya akan berterusan sehingga ke tahun hadapan. Apa azam tahun baru anda? Azam tahun baru aku semoga aku menjadi seorang muslimah yang betul-betul mengenal tuhannya, agamanya, syiarnya dan dirinya. Aku sedar terlalu banyak dosa-dosaku yang lepas. Sehingga tak tertanggung rasanya. Aku juga sedar ada ketika aku telah menghampakan kedua orang tuaku. Dan aku harap aku dapat ubah diriku menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kini umurku 25 tahun. Banyak perkara yang aku harus lakukan segera. Ini bukan lagi tahun-tahun untuk bersuka ria tetapi aku harus menjadi lebih serius memikirkan soal masa depan. Memandangkan aku telah tamat pengajian, jadi aku harap semoga aku cepat dapat kerja. Dapatlah aku langsaikan hutang PTPTN dan juga bagi duit belanja untuk kedua orang tuaku. Selebihnya aku akan gunakan buat belanja dan juga simpanan. Cukup duit, InsyaAllah bolehlah aku kahwin hehe. Bukannya muda lagi, benda baik buat apa nak tangguh-tangguh. Semoga semuanya berjalan dengan sempurna....AMIN.


^LoveMeCinta^