Rabu, 24 Ogos 2011

Merdeka Raya!~

Hye u olsss!hehe gediks tol padahal dah terang lagi bersuluh blog ni untuk tatapan dan hiburan aku je. Hampir sebulan berpuasa, semuanya aku lalui seperti tahun2 sebelumnya. Tapi aku rasa lebih bersederhana. Dari segi makan ketika berbuka sehinggalah shopping untuk raya. Mood ada sikit kurenggg dunno why huh!

Kerja kat opis macam biasa, time nak raya memang kami pulun buat payment arghhhh! a lil bit stress tapi semua dah settle. Minggu ni adalah 4-5 dokumen yang masih belum bersemak. Boss, I need some break dushumm dushumm!haha. Yelah2 sebelum aku cuti balik kampung akan aku semak semuanya okay.

Rasanya semua barang aku dah beli, arghhh memang kopak derr! Alhamdulilah rezeki dari Allah S.W.T dapatlah aku belanja lebih untuk family yang tersayang muahhhh!! Hurmmm macam ada je yang belum beli, ikat rambut, kasut raya aku, handset baru, make up oh!tidak sempat lagi ke ni??mestilah sempat InsyaAllah. Haha sebenarnya aku tunggu duit masuk akaun lalala. Boros sungguh aku ni asyik melontar jamrah jer huhu. 
Raya hari apa ek?mungkin selasa depan kot. So kebarangkalian kami sekeluarga akan balik kampung malam raya nanti huhu macam tak biase kan nenek, tunggu kepulangan kami taw muahhh!! Alolo tak sampai hati pulak nak tinggalkan buah hati pengarang jantung tersayang Encik Khairul Nizam. Ecehh macam tak biasa pulak memang tiap tahun kami beraya asing2 huhu nak buat macam mana kan dah nasib badan. Weyyy standard lah tu kami kan belum bernikah lagi hehe.

Raya kali ni kita merdeka ek?Ke merdeka kali ni kita beraya?ermm sama je kot. Yang pasti MERDEKA RAYA YAHOOO! Wehhh time sekarang 1.30 tengahari. Tahu tak apa aku rasa sekarang?Ngantuk wehhh bestnya kalau dapat bantal+bantal peluk+selimut+air cond memang mantapppp! Bertahan, bertahan walaupun sekarang time lunch hour tapi kan bulan puasa so rehat kejap then sambung buat kerja okay cik. Daa~

^LoveMeCinta^

Syukur, Alhamdulilah

Bulan ini aku telah dinaikkan pangkat, Alhamdulilah memang bersyukur sangat. Al-maklumlah selama ini aku buat kerja yang memang tak layak dibuat oleh seorang ****** now aku dah boleh lega sekurang2nya lepas ni tandatangan aku boleh laku hehe. Takdelah orang nak persoalkan jawatan dan kerja aku. Thank you sgt2 kpd Kak Zie & bos2 aku yang pandang @ ambil kisah pasal kesusahan aku selama ni. Yang lain?hurmm hanya mampu memandang dgn pandangan sepi huahua!

^LoveMeCinta^

Sabtu, 28 Mei 2011

Give up @ Berserah?

Semalam betul2 menguji kesabaranku. Nak tahu kenapa?sebabnya nombor telefonku telah diberi sewenang2nya kepada pekerja kontrak untuk satu projek 'sakit'! Apa teruk sangat dengan pihak pengurusan diorang sampai aku yang jadi mangsanya. Kalau tak ada duit tak payahla berangan nak buat projek besar2 kenalah sedar diri tu tak dapat nak bayar duit pekerja. Padahal bayaran telah dibuat sebelum ini jadi tak ada alasan mereka tak dapat bayar. Kenapa teruk sangat mereka ni. Dan kenapa aku yang jadi mangsa, OH TIDAK!~

^LoveMeCinta^

Selasa, 12 April 2011

Areen-Niaga

Dengan bangganya bermula dari semalam aku dah mula berbisnes kain sulam. Aku dah wujudkan satu blog untuk menjalankan urusan jual beli, iaitu areen-niaga@blogspot.com. Semalam aku dah mula menjual kain-kain sulam di pejabat dan insyaAllah lepas ini aku akan mula upload gambar-gambar di blog dan juga FB. Kalau diizinkan InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Seronok sebenarnya berniaga ni, memang aku minat sangat untuk bergiat aktif dalam bidang jual menjual ni. So kawan2 silalah sokong saya ye!~

^LoveMeCinta^

Jumaat, 1 April 2011

Kembali Bekerja!

Hari ini bersamaan 1 April 2011, aku kembali bekerja setelah hampir seminggu bercuti. dan seperti yang telah ku jangka, berlambak dokumen di atas mejaku. Nota SEGERA dikepilkan bersama. Apa maksudnya?tentulah harus disiapkan dan diambil perhatian. Tetapi aku memegang kata-kata ayah dan mama. Buat kerja biar pelan-pelan, kerja sampai bila-bila pun tak akan habis. Jadi, hari ini mungkin aku akan buat OT untuk tampung kerja yang banyak ni. Kak Sahida pun cuti 2 minggu. Jadi sudah pasti ramailah konsultan dan kontraktor yang mencari kami dalam minggu ni. Alhamdulilah kesihatan ditahap baik dan aku masih mampu menghadirkan diri ke opisku pagi ni, terima kasih Ya Tuhan. Mood pun baik, senang hati dan lapang dada. Harapnya biarlah sampai ke petang, biar aku hadapi semuanya dalam keadaan tenang hari ini InsyaAllah. Untuk post yang akan datang baru aku akan coretkan segala pengalamanku di Padang, tunguuuu!~

^LoveMeCinta^