Selasa, 12 April 2011

Areen-Niaga

Dengan bangganya bermula dari semalam aku dah mula berbisnes kain sulam. Aku dah wujudkan satu blog untuk menjalankan urusan jual beli, iaitu areen-niaga@blogspot.com. Semalam aku dah mula menjual kain-kain sulam di pejabat dan insyaAllah lepas ini aku akan mula upload gambar-gambar di blog dan juga FB. Kalau diizinkan InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Seronok sebenarnya berniaga ni, memang aku minat sangat untuk bergiat aktif dalam bidang jual menjual ni. So kawan2 silalah sokong saya ye!~

^LoveMeCinta^

Jumaat, 1 April 2011

Kembali Bekerja!

Hari ini bersamaan 1 April 2011, aku kembali bekerja setelah hampir seminggu bercuti. dan seperti yang telah ku jangka, berlambak dokumen di atas mejaku. Nota SEGERA dikepilkan bersama. Apa maksudnya?tentulah harus disiapkan dan diambil perhatian. Tetapi aku memegang kata-kata ayah dan mama. Buat kerja biar pelan-pelan, kerja sampai bila-bila pun tak akan habis. Jadi, hari ini mungkin aku akan buat OT untuk tampung kerja yang banyak ni. Kak Sahida pun cuti 2 minggu. Jadi sudah pasti ramailah konsultan dan kontraktor yang mencari kami dalam minggu ni. Alhamdulilah kesihatan ditahap baik dan aku masih mampu menghadirkan diri ke opisku pagi ni, terima kasih Ya Tuhan. Mood pun baik, senang hati dan lapang dada. Harapnya biarlah sampai ke petang, biar aku hadapi semuanya dalam keadaan tenang hari ini InsyaAllah. Untuk post yang akan datang baru aku akan coretkan segala pengalamanku di Padang, tunguuuu!~

^LoveMeCinta^

Ahad, 20 Mac 2011

Hari Minggu Yang Wuhuu!

Semalam dah pi kenduri kahwin member opis, arini still ada 2 lagi jemputan. Bestnya tengok orang kahwin, turn aku bilalah agaknya. Takpe, InsyaAllah satu hari nanti. Ari minggu seperti biasalah, kemas rumah cuci baju (guna tangan weh) sarapan pagi wth my hubby beli makan untuk family jenjalan usha selendang dekat pasar beli cd kat kedai uncle hehe rutin yang sama setiap minggu. Minggu depan rasanya aku tak balik Selayang, sebabnya Isnin dah nak berangkat ke Indonesia (dah cerita kat entri sebelumnya). So rasanya, arini aku kenalah beli barang sikit. Baju, seluar untuk bawa ke sana nanti. Orang lain tak payah sibuk2 nak beli barang baru tapi aku tiap kali nak gi tempat orang mesti kena beli barang baru pelikkan haha. Nak buat macam mana, yang ada pun pakaian hari2 takkan nak pergi tempat orang pakai baju kat rumah kot tak cunlah nanti haha. Bestnya ari minggu dapat golek2 atas katil, rasa tak nak bangkit je hehe. Tu yang buat aku rindu sangat kat katil Queen size aku ni tiap kali balik Putrajaya. Apa2 pun ari minggu aku tetap wuhuuuuuuu!!~

^LoveMeCinta^

Jumaat, 18 Mac 2011

3D Untuk Si Rabun?


Hari ini dalam sejarah! Siang tadi aku bawa si kembar jalan-jalan Alamanda. Kesian diorang, orang lain dah lama cuti sekolah, diorang baru arini nak cuti maklumlah nak PMR tahun ni. Kami gi tengok wayang cerita kat poster atas tu 'Mars Needs Moms'. Kami tengok 3D! Walaupun mahal tapi apa salahnya sekali sekala nak merasa. Best jugak layan 3D ni. Dulu ada kawan cakap, lepas tengok 3D kepala mesti rasa sakit dan pening-pening. Alhamdulilah kami semua ok, tapi memang aku sakit kepala dari pagi tadi huhu. Nak dijadikan cerita, sepanjang kami memakai glass, memang kami teruja habis yelah pertama kali kan. Cerita pun boleh tahan best. Dan ada sesuatu yang aku nak beritahu. Sebenarnya, 3D ni memang bagus untuk mereka-mereka yang rabun....seperti kami haha!~Dats all guys

^LoveMeCinta^

Selasa, 15 Mac 2011

Selamat Hari Lahir, Papa!

Semalam, bersamaan dengan 14 Mac 2011 adalah hari lahir Papa. Tiada hadiah yang aku berikan, hanya sebiji kek (bukan secret recipe okay hihi) berperisa hazelnut. Tapi sayang, Papa tak sukalah pulak huhu dia kata dia prefer kek coklat. Aiyak! mula-mula memang aku nak beli kek coklat kosong je tapi macam tak bestlah pulak asyik kek coklat je, jemu. So, kek pun tak habis di makan. Hari ni aku bawa bekal kek ke opis haha rezeki member-member la nampaknya. Alhamdulilah, bersempena dengan 28 tahun kelahirannya, ada sesuatu yang menggembirakan kami. Semoga Allah mempermudahkan segalanya, Amin..

^LoveMeCinta^