Semua orang tentu ada impian yang ingin mereka kecapi dalam hidup ini. Begitu juga dengan diriku. Impianku sejak bertahun dulu, ingin membuka rumah kebajikan untuk orang-orang tua ataupun anak yatim. Selain itu aku juga bercita-cita untuk membuka sebuah pusat asuhan kanak-kanak sekali dengan tadika. Kiranya di situlah taska dan di situlah juga tadika tempat anak-anak ini belajar. Sebenarnya dah lama aku mengimpikan semua ini dan pengalamanku sebagai guru tadika beberapa tahun lepas menguatkan lagi azam dan keinginanku untuk merealisasikan impianku ini. Kedua orang tuaku juga tahu akan hal ini dan mereka turut menyokongku. Bukan mereka saja, malah kekasihku dan adik beradikku juga berasa teruja mendengar segala impianku. Aku harap sangat semuanya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Mama pun setuju andai aku ingin bekerja sendiri selepas ini. Tapi rasanya eloklah aku kumpul duit dulu dengan bekerja dalam beberapa tahun ini. Seperti biasa aku hanya mampu merancang dan hanya Tuhan yang bisa menentukan segalanya. Apa-apa pun aku yakin dengan diriku, semoga sukses...Gambate kudasai!!^LoveMeCinta^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan