Cepat sungguh masa berlalu, hari ini dah masuk bulan Mac, suku tahun bagi 2011. Bak kata Kak Ina, rasanya macam baru semalam sambut tahun baru. Tugasan kerja makin bertambah dan semakin mencabar. Berdepan dengan pelbagai ragam manusia dan kehendak, kadang kala membuatku sedikit hilang sabar. Alangkah bagusnya kalau kita saling menghormati dan memahami kerja masing-masing, barulah tak tertekan bila kerja. Geram juga dibuatnya dengan sikap segelintir Kontraktor@Konsultan yang buat aku seperti kuli mereka, sedangkan mereka dibayar gaji berkhidmat untuk kami. Semuanya tentang bayaran, lambat bayar, lambat proses mulalah mereka bising. Apa mereka ingat aku jaga projek mereka sorang ke?cubalah saling mengerti tak perlulah sampai nak mengganggu kerja aku. Aku kerja untuk gomen bukan kerja untuk dorang. Siang tadi, aku betul-betul geram. Telefon asyik berdering. Dah tentulah panggilan masuk dari Kontraktor@Konsultan. Tanya itu ini, nak cakap dengan si polan si polin. Aishhh mereka ingat aku ni apa?Memangla tanggungjawab aku untuk jawab panggilan, tapi bila dah jadi macam ni rasa nak jerit je SAYA BUKAN OPERATOR! Cukuplah bercerita tentang dorang sekarang aku nak cerita tentang aktiviti aku untuk sepanjang tahun ini, cewahh! InsyaAllah, hujung bulan 3 ini aku akan ke Padang, Bukit Tinggi selama 4 hari. Kemudian, bulan 6 nanti aku akan ke Jakarta, Bandung juga selama 4 hari. Ada urusan di sana. Mungkin aku akan ke Sabah dalam bulan 10-11 ini. Dengar2 cerita, aku akan ditugaskan ke Sabah, Sarawak tahun ini. Tak lama, mungkin dalam 3-6 bulan kot. Jadual yang sangat padatkan?huhu. Jadi, bila dah macam2 aktiviti, banyaklah juga modal yang perlu dikeluarkan, so duitlah yang jadi masalahnya. Mana nak saving, mana nak belanja aishhh. So kalau takde duit, macam mana nak buat belanja tunang@kahwin. Sponsor?siapalah yang baik hati nak sponsor, aku ni bukannya artis haha! Kita stop sampai di sini dulu ye, jam pun dah pukul 11.11pm....(luv diz time) nite!~
^LoveMeCinta^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan