Khamis, 25 Ogos 2011

Duit Oh Duit!

Rasanya baru beberapa hari lepas aku dapat bonus raya. Habis aku keluarkan duit dalam akaun. Malas nak dua tiga kali beratur kat atm. Dan nampaknya, semakin susutla duit dalam purse aku ni. Macam2 yang aku beli. Rasanya semuanya benda penting dan perlu sahaja kot. Bila dah susut duit mulalah pening kepala memikirkan duit belanja lepas ni. Adoyai tercapaikah hasrat nak beli handset baru ni?? Perlu ke dipendam lagi hasrat murni aku tu haha. 

Duit oh duit bilalah kau nak beranak pinak lagi. Oh!ya, semalam aku dapat duit raya wuhuuu. Arini aku nak minta kat bos kedua pula hihi tak malu betul takpelah aku kan comel. Makin banyak duit makin banyak jugakla pengeluarannya betul tak?takpelah rezeki dari tuhan kenalah kita kongsikan bersama sebab bukannya hak kita pun. So, kalau ada duit tu jangan kedekut2 ye, belanjalah orang lain, kalau tak nak belanja orang lain, belanja jelah untuk diri sendiri apa susah ye tak haha. 

^LoveMeCinta^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan