Tahu tak kenapa aku tiba2 panas telinga panas hati pagi2 hari ni?semuanya gara2 perbualan rakan2 pejabat yang menyentuh soal perkahwinan. OH!TIDAK kenapa aku tiba2 jadi bengang yang teramat sangat. Okay, macam ni. Mereka bercerita pasal ada segelintir manusia yang memilih menantu dalam erti kata lain tersangatla mata duitan. Baru nak masuk merisik macam2 dah ditanya, ada kereta ke?gaji berapa?kerja kat mana?mak ayah kerja apa?rumah dah ada belum?dan macam2 lagi soalan maut yang boleh menyekat suara keluar dari kerongkong.
Dan kenapa pulak aku yang bengang?bukan aku nak carik menantu pun?sebabnya aku tersangatla paham perasaan bakal2 mak pak mertua yang 'mata duitan' bak kata mereka ni. Sebabnya bagi aku mereka ni bukannya berniat jahat (sepanjang perbualan rakan2ku ni takde langsung point baik), mereka hanya nakkan menantu yang terbaik untuk anak mereka. Harta yang ada mungkin akan memberi kesenangan hidup secara material kepada anak, cucu, cicit di masa hadapan. Sekurang2nya taklah ibu bapa ni rasa risau nak lepaskan anak2 mereka untuk berkahwin.
Tolonglah jangan cakap cinta dapat membeli kehidupan. Salah sama sekali. Kalau tak ada kerja tetap, tak ada rumah, tak ada kerata, pendek kata takde aset macam mana nak berumah tangga. Takkan dah kahwin baru nak pikir semua tu. Tak ke menyusahkan nanti? Time tu bila dah susah nanti nak minta tolong siapa?mak ayah ke?mak bapa mertua ke?malulah sikit. Okay, just bayangkan kalaulah pasangan korang tak bekerja, then korang kahwin dulu korang kata lepas kahwin nanti bolehla cari kerja, dah kahwin nanti murahla rezeki. Tapi dah kahwin setahun dua still juga tak dapat kerja, time tu korang pulak mengandung. Nak pakai duit untuk belanja sambut baby pulak. Time tu korang pikirlah sendiri berapa banyak belanja yang harus ditanggung oleh korang seorang (fokus kepada seorang isteri). Kalau korang tak tough macam2 boleh berlaku sepanjang tempoh tu, korang tertekan dengan masalah kewangan, soal suami yang masih tak kerja2 lagi dan mungkin saja korang boleh jadi give up then lepas bersalin korang pun bercerai! nauzubillah.Sebab tu aku memang tak setuju kalau ada sesetengah pasangan yang terlalu mengikutkan perasaan cinta tanpa ada perancangan masa hadapan. Bagi aku tak payah kahwin pun tak apalah yang penting esok2 tak susahkan orang lain. Kalau korang rasa padangan aku ni tersangatla dasyat, sampai satu masa korang akan akui kebenarai setiap butir ayat aku ini, sebab apa yang aku luahkan ini bersandarkan cerita2 yang berlaku disekeliling aku dan aku tak nak perkara ini berulang dan terjadi dalam kamus hidup aku. Aku mohon sangat ya Tuhan. Amin~
^LoveMeCinta^
dunia semakin berubah. org pon jd semakin materialistik.begitu jg dgn cinta. namun hanya ilmu dan kewarasan shj yg dlm menyeimbangkan antara cinta dan kehidupan...
BalasPadambtul..duit adalah segala dalam dunia skrang..xde duit xyahla nk berangan nk pinang anak org.
BalasPadamMesti la kene ade kerja. tapi tak perlu la kaya raya hantaran cecah puluhan riban kan. Setakat mampu untuk hidup bersama pon da ok. kalo bersusah susah dahulu dengan suami pon ade pahalanye. Rezeki tu Allah yang punye. Bukan kite yang nak tentukan susah senang orang. Bile smpai ketentuan jodoh dia macam tu.. kite pon takde kuasa nak buat ape..
BalasPadamYg penting kumpul duit buat simpanan utk masa depan...hidup ini tak boleh dijangka, jika bukan utk kesenangan kita mungkin utk kesenangan org2 yg kita sayang...wallahualam
BalasPadam