Jumaat, 25 Mei 2012

Pink!?


Halluuu! Ok mau stori sikit. Dulu time aku studi dulu faveret kaler aku adalah hitam. Boleh dikatakan satu almari penuh dengan baju kurung, seluar, blaus, shirt, kasut, beg, purse warna hitam. Tapi, bila aku dah mula kerja, itu kaler sudah kasi tukar maa! Aku addict kat warna pink! Bukan sebarang pink tau, tapi bright pink! Ok boleh imagine tak fon, baju kurung, tudung, purse, kasut semuanya warna pink terang! Hahaha aku memang semangat sikit kalau pakai kaler ni. Nampak sweet sangat! (>_<) So, bila nak raya je, mulalah aku rambang mata nak cari kain ela warna pink, kena tegur dengan my mum tu dah jadi perkara biasa. Antara ayat my mum "Asyik kaler pink je tiap tahun, taknak kaler lain ke?" hehe dan seperti biasa kata-kata itu hanya singgah sebentar je ke dalam telingaku ini dan akhirnya tetap juga ku rembat beberapa helai kain ela berwarna pink!

^LoveMeCinta^

Khamis, 24 Mei 2012

Namaku Siti Hajar

Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi akhirnya selama 26 tahun aku menggunakan nama Kareen dan kini aku telah mempunyai nama baru Siti Hajar. Sebenarnya sejak aku dilahirkan, aku memang suda mempunyai dua nama. Satu nama yang diberikan oleh Ayahanda tersayang dan kedua nama yang diberikan oleh arwah Atok. Dan sekarang, bermula tahun 2012 ini aku akan dikenali sebagai Siti Hajar, nama indah yang diberikan oleh arwah Atok. Walaupun aku tak pernah bertemu dengannya, sekurang2nya aku bangga dan syukur kerana satu2nya peninggalan yang diberikan kepadaku adalah namaku. Rakan2 di pejabat pon suda mula membiasakan diri dengan memanggilku Siti Hajar, cuma sesekali aku pula yang tersasul menggelar diriku Kareen (maafkan saya *take a bow). Bak kata kembar, ayong kan dah 27 tahun guna nama Kareen sebut tu tak biasa. Hehe takpelah adik, lama2 biaselah tu nanti InsyaAllah. Semoga dengan nama ini aku akan menjadi seorang muslimah yang sejati dan dikasihi Ilahi, Amin.

^LoveMeCinta^