Khamis, 24 Mei 2012

Namaku Siti Hajar

Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi akhirnya selama 26 tahun aku menggunakan nama Kareen dan kini aku telah mempunyai nama baru Siti Hajar. Sebenarnya sejak aku dilahirkan, aku memang suda mempunyai dua nama. Satu nama yang diberikan oleh Ayahanda tersayang dan kedua nama yang diberikan oleh arwah Atok. Dan sekarang, bermula tahun 2012 ini aku akan dikenali sebagai Siti Hajar, nama indah yang diberikan oleh arwah Atok. Walaupun aku tak pernah bertemu dengannya, sekurang2nya aku bangga dan syukur kerana satu2nya peninggalan yang diberikan kepadaku adalah namaku. Rakan2 di pejabat pon suda mula membiasakan diri dengan memanggilku Siti Hajar, cuma sesekali aku pula yang tersasul menggelar diriku Kareen (maafkan saya *take a bow). Bak kata kembar, ayong kan dah 27 tahun guna nama Kareen sebut tu tak biasa. Hehe takpelah adik, lama2 biaselah tu nanti InsyaAllah. Semoga dengan nama ini aku akan menjadi seorang muslimah yang sejati dan dikasihi Ilahi, Amin.

^LoveMeCinta^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan