Selasa, 19 Jun 2012

Kawen?!

Simple kan tajuk post kali ni? huhu tapi tak sesimple cerita aku kali ini. Okay, sepatutnya majlis perkahwinanku pada tahun ini, walaupun masing-masing tak decide pon bila tarikh dan waktunya. Dia bajet dalam bulan 9, so aku pun dah makumkan kepada ahli keluaga yg lain. Tapi memandangkan semuanya masih belum dirancang, dia cadangkan padaku untuk menangguh sehingga awal tahun depan. Mula2 memanglah aku rasa frust sebab apa yg dirancang tidak menjadi tapi aku tahu pasti ada hikmahnya.

Aku pun cargas tengok tarikh2 yg sesuai, bulan 2 hurmm ok kot. So, kami ada 7 bulan lagi sebelum majlis. Memanglah banyak yg belum prepare, actually langsung tak prepare apa pun. Maklumlah macam mana nak decide kalau tarikh pon tak tentu lagikan. Aku mulakan dengan search butik2 pengantin yang ada di sekeliling aku & catering2 yang bajet murah tp 5 star hehe (ada ke?!). Dari beberapa butik/catering yg aku dah usha dari segi pakej/harga/kualiti adalah dua tiga yang aku berkenaan. Tapi yg cantik & sempurna kat mata aku tersangatlah tidak berkemampuan bagiku haha. Orang kata yg mahal tak semestinya terbaik dan yg murah tak semestinya tak bagus. Tapi yg murah tu adalah kurang tang make-up & persalinan dan yg mahal tu pula memanglah perfect dr segala segi kecuali soal KOS!

Bukan soal mampu ataupun tidak. Tapi memikirkan banyak lagi yang perlu diambil perhatian. Bukan soal pelamin, persalinan dan dekorasi yg indah saja, kad kahwin kepada saudara mara & teman-teman (kena guna kad tradisi sebab ramai tetamu vvip), makanan untuk para tetamu juga perlu sedap & mencukupi (lagi ramai tetamu yg dijemput lg besar bajetnya), cenderahati kepada tetamu juga perlu ada sebagai tanda ikhlas & terima kasih tuan rumah (takkan nak bagi telur sebiji mestilah kena ada bekaskan huhu). So memandangkan banyak lagi yang perlu disiapkan terpaksalah aku lupakan saja pelamin impian aku tu hehe. Bak kata orang putihlah kan, less is more.

^LoveMeCinta^

    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan