Isnin, 29 Oktober 2012

Monday Blues!

Isnin terakhir di bulan Oktober 2012! Errr... Wow! serius macam tak percaya dah nak masuk bulan November! Hamaigad! Panik tahap kronik! (Just imagine bunyi siren keretapi kala anda cuba melintas di landasan) hahaha LOL! Cemaskan? surelah cemas. Lagi berapa bulan saja aku akan diijabkabulkan INSYAALLAH!
Tapi, adakah semua urusan WAJIB aku dah selesaikan? Errr.... let me think... think... think ZzzZ...!
Nampak sangatlah belum! Okay, ada yang dah settle & ada yang masih dalam tindakan & perhatian. Kursus kahwin, sewa dewan, hire katering, tempah andaman, beli bunga pahar & bunga telur, gubahan hantaran semuanya SIAPPPP! (telah diambil tindakan hahaha) Yang belum adalah perkara yang WAJIB seperti HIV test, permohonan kahwin etc....
Iklannnnnnnnnnnnn..... radio pasang lagu GAMBUS JODOH by P.RAMLEE (mood: tak boleh blah hahaha)
Sambung balikkkkkk!
HIV test aku minggu depan, INSYAALLAH! Result keluar dalam masa sebulan (lamanya nak tunggu). Huhuhu sorry no choices, sapa suruh buat lambatkan (~_~) Bukannya apa, kalau lambat dapat result bermakna lambatlah untuk proses yang seterusnya iaitu permohonan kahwin. Takpelah mungkin akan dipermudahkan untuk urusan yang lain-lainnya. Sabar ye Cik Tomei!
Aku masih belum beli barang hantaran lagi, cadangnya hujung tahun. Errr... tak terlambatkan? Al-maklumlah kena selesaikan hal2 yang besar2 dulu. Owhh ye! hampir terlupa, aku masih belum tempah kad kahwin, hamaigad!!! (serius memang terlupa sekejap hehehe) Yang tu, aku serahkan kepada En.Tunang untuk uruskan. Ada juga aku cuba untuk buat sendiri kad kahwin tu, bak kata oranglah kan nak sentimental value tapi separuh jalan jer. Tiba2 mood malas datang & jalan yang paling mudah tempah jelah hehehe! Ok sambung lagi nanti... daaa!!

^LoveMeCinta^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan