Rabu, 21 November 2012

Cerita 2 Bulan!

 Mood hepi! Pasai pa tiba-tiba hepi? InsyaAllah, lagi 2 bulan aku bakal bergelar seorang isteri. Sweet kan? sweetlah sangat! Hahaha. Okay2 itu cerita hepi yang tak hepi lagi banyak kot huhu. 

Mula-mula sekali pasal butik kahwin. Hurmmm berdoa jelah semoga semuanya sama seperti  dalam gambar. Last week jumpa aku dah cancel baju nikah! Pasai pa? Macam ini ceritanya. Untuk pakej nikah + sanding, mula-mula dulu dia janji akan buat sekali baju nikah lelaki. Lepas tu tambah RM100 untuk baju lelaki. Dalam resit dah jelas tertulis "tambah baju lelaki RM100". Tapi sekarang lain pulak ceritanya. Dia kata pakej tu tak termasuk baju nikah lelaki, yang disediakan hanya baju nikah perempuan. Maksud tambah adalah untuk baju sanding lelaki. Sedangkan baju sanding lelaki dah memang include dalam pakej dan baju tu tak perlu buat baru sebab ready made! Hamaigad! Tambahnya lagi kalau nak buat baju lelaki kena tambah lagi duit. On the spot aku kata nak cancel baju nikah tu. So omission RM200 dari harga asal. Bila aku kata sikit sangat tolak tu. Dia kata pakej nikah yang aku ambik jenis "grand". Adoyai dah memang pelamin nikah itu je yang kau sediakan & boleh pulak kau nak salahkan aku yang pilih ala2 grand! Dahlah aku kena cari korset sendiri, kasut sendiri, bunga tangan sendiri. Patutnya tolaklah banyak sikit. Ni dia kata yang benda2 tu depend on customer sama ada nak guna dorang punya atau tak. Masa tu aku dah down habis sebab one by one. Kalau ada Khairul mungkin boleh back-up sebab time diskus dulu dia pon ada sama. Malas nak bertekak terus aku blah (member kata aku ni jenis lembut hati huhuhu). Nasib baiklah aku dah hantar kain nikah (hantaran masa tunang) kat tailor. So tinggal nak hantar kain Khairul jelah huhuhu cobaannnn!! 

Kad kahwin aku dah tempah minggu lepas juga. Belek punya belek last2 aku pilih kad petak 1 color. Ingatkan nak buat kad yang full color siap ada gambar depan tengah belakang haha! Berangan jelah sebabnya kami bukannya ada gambar bersama. Gambar time tunang pon tak ada. So nak memudahkan cara, buat saja kad tanpa gambar. Kosong kosong (nyanyi ala2 Najwa Latif hehe). Harga RM450 dan percuma 1 bunting. Bagi yang tak tahu bunting tu apa. Meh aku nak terangkan. Bunting tu yang bentuknya menegak ke bawah manakala banner tu yang melintang hehe paham semua?! Balik saja rumah, suatu penyesalan pada diriku. Dalam otak dok ligat berpusing, awat 1 color tak dapat lagi murah? Pasalnya, mula2 tauke tu kata kad tu boleh buat dua color untuk dua2 belah (refer tu that price lah). But lastly aku decide untuk guna 1 color saja (tak nak ada beza kedua2 belah). So mungkin ke aku patut dapat harga lagi murah?huhu serabut. Suka menyesal bila dah buat keputusan. Tak pernahnya nak tetap pendirianlah kau ni labuuuuuu!!

Untuk doorgift, barang hantaran dan segala aksesori aku akan cuba settlekan dalam bulan Disember nanti. Result HIV & daftar nikah pon akan selesai bulan tu. So elok sangatlah kan kelam kabut time tu huhuhu. Nak buat macam mana dan Khairul yang decide macam tu. Errr kad pon siap InsyaAllah bulan tu. Mana nak pos surat lagi. Memang buat kerja last minute namanya!!

Okay2 takmo pening kepala (tapi seronok sebenarnya hehe) baik aku teruskan main kira2 bajet. Errr aku ingat nak hire orang untuk buat candy buffet + chocolate fountain. Tengah survey2 harga lagi ni. Kalau ada duit lebih apa salahnya kan. Untuk para tetamu jugak hehe. Okay, adios gurl!

^LoveMeCinta^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan