Isnin, 3 Disember 2012

Disember Aku Datang!

Yezza! Dah masuk bulan terakhir dalam kalendar Masihi iaitu bulan Disember! Seronok sangat2 rasanya (dalam mood menghitung hari detik demi detik hehehe). Okay, hari ini aku nak berkongsi sesuatu yang berguna untuk bakal2 pengantin.

Kat bawah ni aku listkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian (list ini aku sendiri punye ok)
  1. Katering (sesuai untuk yang tinggal di bandar, yang tak ada laman & jiran2 yang 1 Malaysia)
  2. Pelamin, andaman & persalinan (ni kena betul2 survey, yang murah tak semestinya bagus huhu)
  3. Kad kahwin (kalau duduk area KL & Selangor aku suggestkan pi Jalan Pudu coz banyak kedai kad dekat situ)
  4. Barang hantaran (bagi yang utama je. Lagi banyak barang lagi bertambahlah kos, kita kan nak cut cost)
  5. Doorgift (tak perlu bajet besar, asal ada dah cukup. Yang ni pi serbu kat Nilai 3)
  6. Bunga telur (tradisi so kena adalah hehe)
  7. Henna/ inai (yang ni terpulang, nak inai jari sendiri @ minta tolong sanak saudara yang ada. Kalau ada bajet lebih upah saja pakar2 henna kat luar sana standard price RM180 for full pakej kaki & tangan)
  8. Photo booth/ candy buffet/ fruit buffet (yang ni ikut bajet & kemampuan. Kalau mampu apa salahnya, kita buat pun untuk tetamu yang hadir juga. Yang penting buat bukan sebab orang lain buat)
Rasanya,itu saja kot. Next time aku share benda lain pulak. GTG!~

^LoveMeCinta^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan