Khamis, 3 Mac 2011

Buah turunkan berat badan?

RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian. Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang

Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai

Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Sumber: Berita Harian 

Haruskah?



Dalam sesuatu perhubungan, haruskah ada rahsia?perlukah setiap benda kita berkongsi bersama?tak ada langsung ke privasi untuk diri sendiri? Maksud rahsia kat sini bukanlah sesuatu yang bermaksud negatif tapi lebih kepada sesuatu perkara yang rasanya tiada kepentingan untuk dikongsikan dengan orang lain atau dalam erti kata lain ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Bagi aku tiap seorang daripada kita mempunyai rahsia. Nama pun rahsia, tentulah tiada siapa yang boleh tahu. Aku pun ada rahsia. Kenapa aku tak boleh beritahu kepada orang lain?sebab aku perlukan privasi. Kalau semua benda kita kena kongsikan dengan orang lain, apa lagi yang tinggal untuk kita?tiada apa! Bagi akulah, tak salah kalau kita pertahankan hak kita untuk tidak berkongsi dengan orang lain dalam beberapa perkara yang kita rasa tak perlu/tak penting untuk diketahui. Biar diri kita saja yang tahu. Ya aku tahu, even aku beritahu atau tidak rahsia tu, orang tetap akan fikir bukan2. So tak kisahlah orang nak fikir aku sembunyikan sesuatu atau apa, yang aku tahu aku tak buat salah dan tidak berkongsi rahsia bukanlah suatu masalah besar pun. Aku bukanlah perahsia orangnya. Tapi lebih kepada malas nak cakap sesuatu yang aku kira tidak penting. Contohnya, apa alamat emel yang lagi satu?aku akan tanya balik, kenapa nak tahu?dan dia akan balas, tak ada apa saja tanya. So, kesimpulannya kalau saja-saja bertanya, tak penting pun untuk aku beritahu. Memang banyaklah soalan2 macam ni ditanya kepadaku, aku jawab senang je, kenapa nak tahu?kalau tak ada sebab, tak payahla nak tahu!~

^LoveMeCinta^

Rabu, 2 Mac 2011

Oh Bulan!

Cepat sungguh masa berlalu, hari ini dah masuk bulan Mac, suku tahun bagi 2011. Bak kata Kak Ina, rasanya macam baru semalam sambut tahun baru. Tugasan kerja makin bertambah dan semakin mencabar. Berdepan dengan pelbagai ragam manusia dan kehendak, kadang kala membuatku sedikit hilang sabar. Alangkah bagusnya kalau kita saling menghormati dan memahami kerja masing-masing, barulah tak tertekan bila kerja. Geram juga dibuatnya dengan sikap segelintir Kontraktor@Konsultan yang buat aku seperti kuli mereka, sedangkan mereka dibayar gaji berkhidmat untuk kami. Semuanya tentang bayaran, lambat bayar, lambat proses mulalah mereka bising. Apa mereka ingat aku jaga projek mereka sorang ke?cubalah saling mengerti tak perlulah sampai nak mengganggu kerja aku. Aku kerja untuk  gomen bukan kerja untuk dorang. Siang tadi, aku betul-betul geram. Telefon asyik berdering. Dah tentulah panggilan masuk dari Kontraktor@Konsultan. Tanya itu ini, nak cakap dengan si polan si polin. Aishhh mereka ingat aku ni apa?Memangla tanggungjawab aku untuk jawab panggilan, tapi bila dah jadi macam ni rasa nak jerit je SAYA BUKAN OPERATOR! Cukuplah bercerita tentang dorang sekarang aku nak cerita tentang aktiviti aku untuk sepanjang tahun ini, cewahh! InsyaAllah, hujung bulan 3 ini aku akan ke Padang, Bukit Tinggi selama 4 hari. Kemudian, bulan 6 nanti aku akan ke Jakarta, Bandung  juga selama 4 hari. Ada urusan di sana. Mungkin aku akan ke Sabah dalam bulan 10-11 ini. Dengar2 cerita, aku akan ditugaskan ke Sabah, Sarawak tahun ini. Tak lama, mungkin dalam 3-6 bulan kot. Jadual yang sangat padatkan?huhu. Jadi, bila dah macam2 aktiviti, banyaklah juga modal yang perlu dikeluarkan, so duitlah yang jadi masalahnya. Mana nak saving, mana nak belanja aishhh. So kalau takde duit, macam mana nak buat belanja tunang@kahwin. Sponsor?siapalah yang baik hati nak sponsor, aku ni bukannya artis haha! Kita stop sampai di sini dulu ye, jam pun dah pukul 11.11pm....(luv diz time) nite!~

^LoveMeCinta^

Rabu, 2 Februari 2011

Cinta Pertama & Terakhir

Sebelumnya tak ada yang mampu
Mengajakku untuk bertahan
Di kala sedih

Sebelumnya ku ikat hatiku
Hanya untuk aku seorang
Sekarang kau di sini hilang rasanya
Semua bimbang tangis kesepian

Kau buat aku bertanya
Kau buat aku mencari
Tentang rasa ini
Aku tak mengerti
Akankah sama jadinya
Bila bukan kamu
Lalu senyummu menyadarkanku
Kau cinta pertama dan terakhirku

Sebelumnya tak mudah bagiku
Tertawa sendiri di kehidupan
Yang kelam ini

Sebelumnya rasanya tak perlu
Membagi kisahku saat ada yang mengerti
Sekarang kau di sini hilang rasanya
Semua bimbang tangis kesepian

Bila suatu saat kau harus pergi
Jangan paksa aku tuk cari yang lebih baik
Karena senyummu menyadarkanku
Kaulah cinta pertama dan terakhirku

^LoveMeCinta^

Cinta Agung

Saat ini bait-bait cinta mula menerawang di kepalaku. Patah-patah kata cinta, ungkapan kasih membuatku berasa bahagia dikurniakan cinta. Dan yang pasti aku sangat menggemari karya-karya puitis dari Kahlil Gibran. Ya, aku mungkin sudah jatuh cinta kepadanya. Alangkah indahnya kalau setiap daripada kita bisa memberi cinta tanpa ada sebarang paksaan dan harapan, menghargai cinta yang ada di depan mata dan menanam rasa cinta sesama manusia. Sudah pasti dunia kita akan aman dan penuh rasa cinta! Aku punya cinta. Cinta yang tidak melebihi daripada rasa cintaku kepada Ilahi, rasa kasihku kepada para Rasul, rasa sayangku kepada keluarga. Tuhan telah memberikan aku sekeping hati untuk diberikan kepada seseorang, dan mungkin hatinya telah ditetapkan untukku untuk kami saling menyintai. Adakah dia tercipta untukku?

CINTA yang AGUNG
Adalah ketika kamu menitiskan air mata
dan masih peduli terhadapnya
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih
menunggunya dengan setia
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu masih bisa tersenyum sembari berkata 
‘Aku turut berbahagia untukmu'

^LoveMeCinta^