Khamis, 25 Ogos 2011

Seronoknya Sayaaa!

Tadi tangan ni gatal saja nak usha satu blog. Dah lama rasanya aku tak pi melawat ke sana usha pic2 kawen. Alangkah terkejutnya dan seronoknya sayaaa (dah macam title la pulak) bila tengok nama aku diumumkan sebagai pemenang bagi contest edisi pertunangan! walaupun mereka dah beritahu tiada hadiah utama tapi aku bersyukur kerana masih memenangi tempat pertama. Macam2 jugaklah yang aku dapat. Cuma persoalannya sekarang bila aku akan bertunang?tarikhnya?calonnya?tempatnya?arghhh macam2 persoalan bermain kat kepala ni. Takpe2 yang penting aku memang seronok sangat. Untuk keterangan lebih lanjut boleh usha link nih http://lestary-chinta-studio.blogspot.com/2011/06/hadiah-untuk-pemenang-online-contest.html

^LoveMeCinta^

Duit Oh Duit!

Rasanya baru beberapa hari lepas aku dapat bonus raya. Habis aku keluarkan duit dalam akaun. Malas nak dua tiga kali beratur kat atm. Dan nampaknya, semakin susutla duit dalam purse aku ni. Macam2 yang aku beli. Rasanya semuanya benda penting dan perlu sahaja kot. Bila dah susut duit mulalah pening kepala memikirkan duit belanja lepas ni. Adoyai tercapaikah hasrat nak beli handset baru ni?? Perlu ke dipendam lagi hasrat murni aku tu haha. 

Duit oh duit bilalah kau nak beranak pinak lagi. Oh!ya, semalam aku dapat duit raya wuhuuu. Arini aku nak minta kat bos kedua pula hihi tak malu betul takpelah aku kan comel. Makin banyak duit makin banyak jugakla pengeluarannya betul tak?takpelah rezeki dari tuhan kenalah kita kongsikan bersama sebab bukannya hak kita pun. So, kalau ada duit tu jangan kedekut2 ye, belanjalah orang lain, kalau tak nak belanja orang lain, belanja jelah untuk diri sendiri apa susah ye tak haha. 

^LoveMeCinta^

Rabu, 24 Ogos 2011

Merdeka Raya!~

Hye u olsss!hehe gediks tol padahal dah terang lagi bersuluh blog ni untuk tatapan dan hiburan aku je. Hampir sebulan berpuasa, semuanya aku lalui seperti tahun2 sebelumnya. Tapi aku rasa lebih bersederhana. Dari segi makan ketika berbuka sehinggalah shopping untuk raya. Mood ada sikit kurenggg dunno why huh!

Kerja kat opis macam biasa, time nak raya memang kami pulun buat payment arghhhh! a lil bit stress tapi semua dah settle. Minggu ni adalah 4-5 dokumen yang masih belum bersemak. Boss, I need some break dushumm dushumm!haha. Yelah2 sebelum aku cuti balik kampung akan aku semak semuanya okay.

Rasanya semua barang aku dah beli, arghhh memang kopak derr! Alhamdulilah rezeki dari Allah S.W.T dapatlah aku belanja lebih untuk family yang tersayang muahhhh!! Hurmmm macam ada je yang belum beli, ikat rambut, kasut raya aku, handset baru, make up oh!tidak sempat lagi ke ni??mestilah sempat InsyaAllah. Haha sebenarnya aku tunggu duit masuk akaun lalala. Boros sungguh aku ni asyik melontar jamrah jer huhu. 
Raya hari apa ek?mungkin selasa depan kot. So kebarangkalian kami sekeluarga akan balik kampung malam raya nanti huhu macam tak biase kan nenek, tunggu kepulangan kami taw muahhh!! Alolo tak sampai hati pulak nak tinggalkan buah hati pengarang jantung tersayang Encik Khairul Nizam. Ecehh macam tak biasa pulak memang tiap tahun kami beraya asing2 huhu nak buat macam mana kan dah nasib badan. Weyyy standard lah tu kami kan belum bernikah lagi hehe.

Raya kali ni kita merdeka ek?Ke merdeka kali ni kita beraya?ermm sama je kot. Yang pasti MERDEKA RAYA YAHOOO! Wehhh time sekarang 1.30 tengahari. Tahu tak apa aku rasa sekarang?Ngantuk wehhh bestnya kalau dapat bantal+bantal peluk+selimut+air cond memang mantapppp! Bertahan, bertahan walaupun sekarang time lunch hour tapi kan bulan puasa so rehat kejap then sambung buat kerja okay cik. Daa~

^LoveMeCinta^

Syukur, Alhamdulilah

Bulan ini aku telah dinaikkan pangkat, Alhamdulilah memang bersyukur sangat. Al-maklumlah selama ini aku buat kerja yang memang tak layak dibuat oleh seorang ****** now aku dah boleh lega sekurang2nya lepas ni tandatangan aku boleh laku hehe. Takdelah orang nak persoalkan jawatan dan kerja aku. Thank you sgt2 kpd Kak Zie & bos2 aku yang pandang @ ambil kisah pasal kesusahan aku selama ni. Yang lain?hurmm hanya mampu memandang dgn pandangan sepi huahua!

^LoveMeCinta^

Sabtu, 28 Mei 2011

Give up @ Berserah?

Semalam betul2 menguji kesabaranku. Nak tahu kenapa?sebabnya nombor telefonku telah diberi sewenang2nya kepada pekerja kontrak untuk satu projek 'sakit'! Apa teruk sangat dengan pihak pengurusan diorang sampai aku yang jadi mangsanya. Kalau tak ada duit tak payahla berangan nak buat projek besar2 kenalah sedar diri tu tak dapat nak bayar duit pekerja. Padahal bayaran telah dibuat sebelum ini jadi tak ada alasan mereka tak dapat bayar. Kenapa teruk sangat mereka ni. Dan kenapa aku yang jadi mangsa, OH TIDAK!~

^LoveMeCinta^