Selasa, 17 Januari 2012

Tuesday Words~


"Semua orang boleh berkata I LOVE YOU tapi tak semua orang benar2 maksudkannya"
Pernah dengar ayat ni?macam best je kan! Dan aku setuju sesangat!
Semua orang dengan mudahnya boleh berkata I LOVE YOU, tapi berapa orang pula yang betul2 maksudkannya?Aku pun pernah lalui perkara yang sama. Kadang kala bila difikirkan kembali betapa mudah dan murahnya perkataan I LOVE YOU tu diucapkan tak kiralah dengan orang yang kita baru kenal 2 jam 2 hari 2 minggu 2 bulan or even 2 tahun.
Ada juga sahabat2ku yang sering mengelak menggunakan perkataan 'keramat' ni. Sebabnya?mereka tak nak perkataan itu menjadi terlalu murah harganya. So, wujudlah perkataan canggih I LUP U, LEBIU etc. Bagi aku tak kisahlah nak tukar jadi ayat apa sekalipun maknanya tetap jugak sama hahaha!

"LOVE! Percayalah ia bila kamu merasainya bukan bila kamu mendengarnya"
Hamaigad! macam mana aku nak 'rasa' cinta tu? Kalau tersalah @ tersilap 'rasa' macam mana?kan haru jadinya nanti. Itulah namanya cinta. Kita lebih mudah mempercayai apa yang kita dengar dari apa yang kita rasa. Kalau hari2 dok dengar ayat I LOVE YOU tu kompem dalam hati dah berbunga2 siap jadi taman. Tu baru dengar belum lagi rasa. Kalaulah orang tu ayatnya power memang terus tangkap cintan. Terpautlah si juliet dengan ayat2 cinta sang romeo. Dalam hati pun berkata dengan penuh yakin, Ya dia memang cintakan aku! Betul2 yakin ke? Hanya kita yang tahu apa yang kita rasa~

^LoveMeCinta^

Jumaat, 26 Ogos 2011

Oh! Tidak

Tahu tak kenapa aku tiba2 panas telinga panas hati pagi2 hari ni?semuanya gara2 perbualan rakan2 pejabat yang menyentuh soal perkahwinan. OH!TIDAK kenapa aku tiba2 jadi bengang yang teramat sangat. Okay, macam ni. Mereka bercerita pasal ada segelintir manusia yang memilih menantu dalam erti kata lain tersangatla mata duitan. Baru nak masuk merisik macam2 dah ditanya, ada kereta ke?gaji berapa?kerja kat mana?mak ayah kerja apa?rumah dah ada belum?dan macam2 lagi soalan maut yang boleh menyekat suara keluar dari kerongkong. 

Dan kenapa pulak aku yang bengang?bukan aku nak carik menantu pun?sebabnya aku tersangatla paham perasaan bakal2 mak pak mertua yang 'mata duitan' bak kata mereka ni. Sebabnya bagi aku mereka ni bukannya berniat jahat (sepanjang perbualan rakan2ku ni takde langsung point baik), mereka hanya nakkan menantu yang terbaik untuk anak mereka. Harta yang ada mungkin akan memberi kesenangan hidup secara material kepada anak, cucu, cicit di masa hadapan. Sekurang2nya taklah ibu bapa ni rasa risau nak lepaskan anak2 mereka untuk berkahwin. 

Tolonglah jangan cakap cinta dapat membeli kehidupan. Salah sama sekali. Kalau tak ada kerja tetap, tak ada rumah, tak ada kerata, pendek kata takde aset macam mana nak berumah tangga. Takkan dah kahwin baru nak pikir semua tu. Tak ke menyusahkan nanti? Time tu bila dah susah nanti nak minta tolong siapa?mak ayah ke?mak bapa mertua ke?malulah sikit. Okay, just bayangkan kalaulah pasangan korang tak bekerja, then korang kahwin dulu korang kata lepas kahwin nanti bolehla cari kerja, dah kahwin nanti murahla rezeki. Tapi dah kahwin setahun dua still juga tak dapat kerja, time tu korang pulak mengandung. Nak pakai duit untuk belanja sambut baby pulak. Time tu korang pikirlah sendiri berapa banyak belanja yang harus ditanggung oleh korang seorang (fokus kepada seorang isteri). Kalau korang tak tough macam2 boleh berlaku sepanjang tempoh tu, korang tertekan dengan masalah kewangan, soal suami yang masih tak kerja2 lagi dan mungkin saja korang boleh jadi give up then lepas bersalin korang pun bercerai! nauzubillah.Sebab tu aku memang tak setuju kalau ada sesetengah pasangan yang terlalu mengikutkan perasaan cinta tanpa ada perancangan masa hadapan. Bagi aku tak payah kahwin pun tak apalah yang penting esok2 tak susahkan orang lain. Kalau korang rasa padangan aku ni tersangatla dasyat, sampai satu masa korang akan akui kebenarai setiap butir ayat aku ini, sebab apa yang aku luahkan ini bersandarkan cerita2 yang berlaku disekeliling aku dan aku tak nak perkara ini berulang dan terjadi dalam kamus hidup aku. Aku mohon sangat ya Tuhan. Amin~

^LoveMeCinta^


Khamis, 25 Ogos 2011

Seronoknya Sayaaa!

Tadi tangan ni gatal saja nak usha satu blog. Dah lama rasanya aku tak pi melawat ke sana usha pic2 kawen. Alangkah terkejutnya dan seronoknya sayaaa (dah macam title la pulak) bila tengok nama aku diumumkan sebagai pemenang bagi contest edisi pertunangan! walaupun mereka dah beritahu tiada hadiah utama tapi aku bersyukur kerana masih memenangi tempat pertama. Macam2 jugaklah yang aku dapat. Cuma persoalannya sekarang bila aku akan bertunang?tarikhnya?calonnya?tempatnya?arghhh macam2 persoalan bermain kat kepala ni. Takpe2 yang penting aku memang seronok sangat. Untuk keterangan lebih lanjut boleh usha link nih http://lestary-chinta-studio.blogspot.com/2011/06/hadiah-untuk-pemenang-online-contest.html

^LoveMeCinta^

Duit Oh Duit!

Rasanya baru beberapa hari lepas aku dapat bonus raya. Habis aku keluarkan duit dalam akaun. Malas nak dua tiga kali beratur kat atm. Dan nampaknya, semakin susutla duit dalam purse aku ni. Macam2 yang aku beli. Rasanya semuanya benda penting dan perlu sahaja kot. Bila dah susut duit mulalah pening kepala memikirkan duit belanja lepas ni. Adoyai tercapaikah hasrat nak beli handset baru ni?? Perlu ke dipendam lagi hasrat murni aku tu haha. 

Duit oh duit bilalah kau nak beranak pinak lagi. Oh!ya, semalam aku dapat duit raya wuhuuu. Arini aku nak minta kat bos kedua pula hihi tak malu betul takpelah aku kan comel. Makin banyak duit makin banyak jugakla pengeluarannya betul tak?takpelah rezeki dari tuhan kenalah kita kongsikan bersama sebab bukannya hak kita pun. So, kalau ada duit tu jangan kedekut2 ye, belanjalah orang lain, kalau tak nak belanja orang lain, belanja jelah untuk diri sendiri apa susah ye tak haha. 

^LoveMeCinta^

Rabu, 24 Ogos 2011

Merdeka Raya!~

Hye u olsss!hehe gediks tol padahal dah terang lagi bersuluh blog ni untuk tatapan dan hiburan aku je. Hampir sebulan berpuasa, semuanya aku lalui seperti tahun2 sebelumnya. Tapi aku rasa lebih bersederhana. Dari segi makan ketika berbuka sehinggalah shopping untuk raya. Mood ada sikit kurenggg dunno why huh!

Kerja kat opis macam biasa, time nak raya memang kami pulun buat payment arghhhh! a lil bit stress tapi semua dah settle. Minggu ni adalah 4-5 dokumen yang masih belum bersemak. Boss, I need some break dushumm dushumm!haha. Yelah2 sebelum aku cuti balik kampung akan aku semak semuanya okay.

Rasanya semua barang aku dah beli, arghhh memang kopak derr! Alhamdulilah rezeki dari Allah S.W.T dapatlah aku belanja lebih untuk family yang tersayang muahhhh!! Hurmmm macam ada je yang belum beli, ikat rambut, kasut raya aku, handset baru, make up oh!tidak sempat lagi ke ni??mestilah sempat InsyaAllah. Haha sebenarnya aku tunggu duit masuk akaun lalala. Boros sungguh aku ni asyik melontar jamrah jer huhu. 
Raya hari apa ek?mungkin selasa depan kot. So kebarangkalian kami sekeluarga akan balik kampung malam raya nanti huhu macam tak biase kan nenek, tunggu kepulangan kami taw muahhh!! Alolo tak sampai hati pulak nak tinggalkan buah hati pengarang jantung tersayang Encik Khairul Nizam. Ecehh macam tak biasa pulak memang tiap tahun kami beraya asing2 huhu nak buat macam mana kan dah nasib badan. Weyyy standard lah tu kami kan belum bernikah lagi hehe.

Raya kali ni kita merdeka ek?Ke merdeka kali ni kita beraya?ermm sama je kot. Yang pasti MERDEKA RAYA YAHOOO! Wehhh time sekarang 1.30 tengahari. Tahu tak apa aku rasa sekarang?Ngantuk wehhh bestnya kalau dapat bantal+bantal peluk+selimut+air cond memang mantapppp! Bertahan, bertahan walaupun sekarang time lunch hour tapi kan bulan puasa so rehat kejap then sambung buat kerja okay cik. Daa~

^LoveMeCinta^