Khamis, 18 September 2014

Oh My Gigi Bongsu!

Al-kisahnya Selasa lepas. Aku ambil keputusan untuk jumpa doc gigi selepas di brain wash oleh Encik Suami & my parent. Ditambah pulak dengan denyutan kesakitan yang semakin mencengkam huhu sakit woo! Klinik gigi tu dekat je dengan rumah aku, tingkat atas...serammm! So minta Encik Suami temankan. Dan bermulalah penjelasan panjang lebar oleh doc.

Umur berapa?
29 doc!

"Hurmm sebab tu saya tanya awal-awal tadi umur berapa sebab biasanya gigi bongsu ni tumbuh waktu usia kita awal 20an...." Gitulah kata doc gigi tu. Manalah cik tau gigi tu nak tumbuh kala usiaku 29 tahun haha! Last aku pi check gigi a few month ago so aku memang tahu gigi bongsu belah kiri tengah tumbuh time tu. Sekarang ni, belah kanan pulak, tapi sakitnya ya amat!

Macam-macam doc tu terangkan kat kami suami isteri. Doc tu suruh aku pi hospital untuk cabut dua2 batang gigi bongsu aku sebab kedudukannya tak betul dan kalau tumbuh pun memang tak akan sempurna & bertambah sakit. Lagi, doc suruh aku buat braces sebab gigi aku tak teratur huhu malunya kat Encik Suami waktu tu walaupun bukannya dia tak tahu struktur gigi aku macam mana kan haha! 

Lepas tu doc ada tanya berapa kali aku gosok gigi, sebelum atau selepas makan? Huhu yang ini aku memang fail! Macam budak IQ zero! Aku cakaplah aku gosok gigi 3 kali sehari pagi, petang lepas balik kerja dan malam sebelum tidur. Semua tu aku buat sebelum aku makan! Macam kalau kita buang air besar, kita cuci sebelum atau selepas buang air? Dan tentulah jawapannya selepas buang air kan! So nampak tak salah aku kat situ. So bermula dari situ aku mula berubah. Now sikit2 nak gosok gigi nak kumuh2 baguslah kan haha! Doc suruh aku beli berus gigi kanak2 & chewing gum aku beli! Doc suruh aku habiskan ubat, aku makan! Doc suruh aku berus gigi selepas makan aku buat! Doc suruh aku pi KK & buat appointment dengan doc untuk buang gigi bongsu AKU TAK BUAT!

Kenapa aku tak buat? sebabnya aku nak kena pi KK lepas tu baru doc akan decide apa perlu dibuat. So 'masa' tu aku tak ada. Dan kalau kena operate nanti mesti nak pakai duit kan? Itu pun aku tak ada. Jadinya aku habiskan makan ubat & harap gigi aku tak sakit lagi. Tapi tengoklah kalau aku senang bolehlah aku pi KK tu. Tapi pasal nak buat braces tu memang bukan kemampuan akulah sebab kos untuk braces sekarang dalam RM 6000 ke atas bergantung kepada keadaan gigi masing2. Dalam kes aku ni mau2 RM 7000 kot huhu menangis makkkk mana nak cekau duit banyak tu untuk betulkan gigi. Dan mulalah rasa bersalah tu datang perlahan-lahan kenapa dari dulu aku tak ambil berat pasal keadaan gigi aku baik atau tak. Yang aku tahu gosok gigi tu je.

Oh my gigi bongsu, tq sebab sedarkan aku!


^LoveMeCinta^

Khamis, 6 Jun 2013

Seminggu Yg Bosan!

Serius aku cakap, minggu ni memang aku dilanda kebosanan yang teramatlah sangat! Pasai apa?pasai takde keje nak buat kat opis. Kalau dah takde keje memang mati kutu aku dibuatnya. Dahlah sejuk nak mam*** kat opis ni ditambah lagi dengan kemalasan melampau memang bosanlah jadinya. Hari-hari yang dilalui sangatlah suram dan masa pon berjalan dengan lambatnya. Asyik2 aku tengok jam. Pukul 9 pagi dah goyang kaki! Lepas tu jalan-jalan cari kerja turun naik turun naik itulah yang aku buat sepanjang minggu ni. Bila dah naik memang duduk kat atas jelah jawabnya sampailah ke petang. Bukak web itu ini baca kisah artis hal politik berita semasa hal ehwal dunia semuanya aku explore sampai mabuk jadinya. Memang bosan gila-gila! Lepas tu tengok jam haishhh baru pukul 11:30 pagi! Giler lambat lagi nak balik huhu. Lepas tu bangun dari kerusi pi kacau orang haha dorang dah tentulah ada kerja kan. Baca paper (walaupun dah bukak paper online) bosan punya gila hadap jugaklah mataku membaca. So time lunch, aku start try memejamkan mata (kalau bolehlah ye) memang tak pernahlah aku tido kat opis. Tak selesa wehh beralaskan meja tidonya dahlah aku duduk depan sekali (macam ketua kelas) konpem2 lah banyak mata yang usha aku tido nanti. Perdulikkan, aku bosan aku takde keje aku nak tido hahaha buat macam rumah sendiri. Ada gak aku terfikir nak balik je rumah lepas punch tapi macam malas je nak datang opis balik nanti (buang karenn) so better aku duduk je kat opis ni huhu. Dan disebabkan juga oleh kelapangan waktu yang aku ada ni aku telah berjaya menjejak 'kawan'2' lama. Dem! menyesal pulak rasa hati. Kisah lama jangan dikenang, lagi dikenang meranalah diri. So aku tutup blog dorang! Nanti makin lama aku tatap, makin teringat plak hal-hal lama. So better aku buat tak tahu habis cerita. Cukuplah aku 'menderita' dulu. Haha betul ke ayat yang aku guna tu lantaklah kan. Hanya aku je yang tahu apa yang pernah aku lalui suatu ketika dulu. Serius, i have a bad memories! Semuanya berkisarkan kisah sedih hitam pekat kelat! Dem it! Ok now seriously i'm bored & talk like a shit!


^LoveMeCinta^

Selasa, 4 Jun 2013

Sempurna!

Alhamdulilah! Dah hampir enam bulan kami mendirikan rumahtangga. Hari2 yang aku lalui semuanya sempurna, cukup membahagiakan. Aku sekarang berulang-alik dari Selayang - Putrajaya. So cuti hari minggu, aku habiskan dengan lepak bersama suami di rumah. Jarang dah keluar ke mana-mana, malas mungkin. Banyak juga yang telah berubah. Kalau dulu, kami selalu jugalah keluar pi mana-mana, alah setakat cuci mata je pon. Tapi lately memang dah jarang sangat. Nak keluar beli barang dapur pon beli kat kedai je haha (emang dasar pemalas). 

Bila dah kahwin ni segala perbelanjaan isi rumah dah menjadi tanggungjawab bersama. So segala bil-bil rumah kami kongsi bersama. Baguskan! (sangattttt!! hahaha!!) Setakat ni Alhamdulilah, takde lagi masalah bil-bil tertunggak, yelah duduk pon berdua & waktu malam je pon so berapalah sangat bilnya. Lainlah akan datang, dah bertiga berempat berlima (amin!!) mungkin makin mencabar dugaannya (get ready dear!!). Adalah juga gaduh-gaduh manja, tapi aku selalu ingat pesan nenek hal-hal kecil jangan dibesar-besarkan (huhuhu!!) walaupun hakikatnya hal-hal sekecil kuman pon kalau dibiarkan pasti akan melarat juga akhirnya. Untuk itu duhai hati, tabahlah! Perjalanan kita masih jauh. Sempurna itu milik Allah.


^LoveMeCinta^

Jumaat, 31 Mei 2013

Be Mine 4Ever!

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you

Isnin, 21 Januari 2013

Counting Days!

Alhamdulilah, syukur Ya Allah. Masih dikurniakan segala rahmatMu. InsyaAllah lagi 10 hari saja lagi majlisku akan berlangsung. Dan di kala ini hatiku mula berdebar-debar memikirkannya. Takut pun ada andai segala yang dirancang tidak berjalan lancar seperti yang diidamkan. Aku hanya berserah kepadaMu Tuhan. Al-maklum sajalah, ini merupakan majlis perkahwinan anak sulung & bongsu jadi debarannya lain macam sikit. 

InsyaAllah dalam baki hari yang masih tinggal ini kami akan cuba siapkan segala yang perlu sebelum menjelang majlis. Encik Tunang pon dah start cuti minggu depan. Aku, ayah & mama pon dah mohon cuti untuk seminggu, cuma kembar saja yang akan bersekolah Selasa & Rabu depan. Hurmm apa lagi yang belum selesai? Okay, lusa aku plan nak pi fitting baju sanding dengan Encik Tunang. Ada tak aku mention sebelum ni pasal tukar baju (pengantin dah tak ikut tema majlis huhuhu!!). Anyway, harap2lah baju aku tu muat & selesa dipakai tak macam yang sebelum ini. Huhu kalau tak muat tak tahulah nak buat macam mana (stresssssssssssss!!). 

Back to plan, Khamis ni cuti, so mungkin yang lain balik Selayang. Jumaat aku kerja & kembar kena sekolah (macam ulang-alik je kami nih huhuhu). Hari Ahad mungkin aku akan keluar beli barang hantaran dengan Encik Tunang (memang suka buat kerja last minute huhuhu!!). Then ingat nak pi cari goodies time Majlis Sanding nanti dalam 500pax hopefully cukuplah kalau tak memang exceed the budget LOL! Aku ingat nak pi serbu NSK Selayang (dah lama aim tempat ni sebab banyak pilihan hehehe!!). Okay settle bab goodies untuk bebudak! Itu saja kot, ok bye huahua!!

^LoveMeCinta^