Alhamdulilah, syukur Ya Allah. Masih dikurniakan segala rahmatMu. InsyaAllah lagi 10 hari saja lagi majlisku akan berlangsung. Dan di kala ini hatiku mula berdebar-debar memikirkannya. Takut pun ada andai segala yang dirancang tidak berjalan lancar seperti yang diidamkan. Aku hanya berserah kepadaMu Tuhan. Al-maklum sajalah, ini merupakan majlis perkahwinan anak sulung & bongsu jadi debarannya lain macam sikit.
InsyaAllah dalam baki hari yang masih tinggal ini kami akan cuba siapkan segala yang perlu sebelum menjelang majlis. Encik Tunang pon dah start cuti minggu depan. Aku, ayah & mama pon dah mohon cuti untuk seminggu, cuma kembar saja yang akan bersekolah Selasa & Rabu depan. Hurmm apa lagi yang belum selesai? Okay, lusa aku plan nak pi fitting baju sanding dengan Encik Tunang. Ada tak aku mention sebelum ni pasal tukar baju (pengantin dah tak ikut tema majlis huhuhu!!). Anyway, harap2lah baju aku tu muat & selesa dipakai tak macam yang sebelum ini. Huhu kalau tak muat tak tahulah nak buat macam mana (stresssssssssssss!!).
Back to plan, Khamis ni cuti, so mungkin yang lain balik Selayang. Jumaat aku kerja & kembar kena sekolah (macam ulang-alik je kami nih huhuhu). Hari Ahad mungkin aku akan keluar beli barang hantaran dengan Encik Tunang (memang suka buat kerja last minute huhuhu!!). Then ingat nak pi cari goodies time Majlis Sanding nanti dalam 500pax hopefully cukuplah kalau tak memang exceed the budget LOL! Aku ingat nak pi serbu NSK Selayang (dah lama aim tempat ni sebab banyak pilihan hehehe!!). Okay settle bab goodies untuk bebudak! Itu saja kot, ok bye huahua!!
^LoveMeCinta^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan