Rabu, 2 Januari 2013

Berkahwin? Untuk Apa?

Merujuk kepada tajuk di atas, bagi aku berkahwin bukanlah untuk suka-suka. Rasa nak kahwin, korunk kahwin. Nanti dah tak suka masing-masing angkat kaki blah! Perkahwinan adalah suatu ikatan yang suci, yang akan memelihara hubungan suami, isteri dan anak-anak.
Seseorang yang memikirkan perlunya berkahwin, pemikirannya lebih bermatlamat, matang dan halatujunya kepada sebuah perkahwinan. Dengan adanya pemikiran yang bermatlamat, akan membawa kepada siapa yang wajar untuk kita kahwini. Gadis sepertimanakah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak kita. Suami manakah yang akan menjadi pemimpin dalam keluarga kita nanti.
Kebahagiaan itu perlu diusaha. Ketenangan itu perlu dicipta. Kegembiraan tidak datang begitu sahaja. Pernikahan itu membantu kita menundukkan pandangan bila suami isteri berusaha menampilkan akhlak yang baik kepada pasangan masing-masing. Jika hati kita kosong dari petunjuk tuhan, bersedialah menghadapi persengketaan yang dihembus syaitan yang berlegar di sekeliling kita.
Ya, bukannya mudah untuk merasa tenang, bukannya mudah unuk ketenangan itu meliputi suasana rumahtangga kita. Tapi ia mudah dan selalu terjadi buat pasangan yang selalu mengikat hati dengan tuhan. Mempamer wajah yang tenang dengan senyuman kerana ia mengharap keredhaan tuhan. Melayani pasangan dengan baik, walaupun pasangan telah melukai hatinya, kerana ia memilih memaafkan kerana Allah.
Kesimpulannya, jika kita melangkah ke fasa seterusnya, dari bujang kepada hidup berumah tangga maka perlulah ditanyakan diri sendiri mengapa perlunya kita berkahwin. Kenapa perlunya perkahwinan itu berlaku? Sesungguhnya, dalam lautan manusia di bumi Allah ini kita memilih untuk mendamba hidup pada hanya seorang sahaja. Tidak bosan kah? Tidak jemu kah? Tak mual kah? Menatap wajah yang sama saban hari selama bertahun-tahun. Persoalan ini hanya bisa kita jawab bila kita melalui titian perkahwinan itu sendiri. Wallahualam bissawab.

^LoveMeCinta^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan