Rabu, 2 Januari 2013

Welcome 2013!

Alhamdulilah, syukur Ya Allah! Diri ini masih diberi kesempatan untuk terus hidup, bernafas & menghambakan diri kepadaMu. Selamat tahun baru! Selamat datang 2013! Semoga semua perancangan & impian untuk tahun ini akan berjalan sesuai dengan kehendakNya. 

Seperti biasa, rata-rata orang mengatakan tentang azam baru sempena dengan kehadiran tahun baru ini. Yang mana bagi aku, apalah ada pada azam & cita-cita jika tidak disertai dengan usaha yang gigih & tawakal kepadaNya. Aku sendiri tidaklah begitu excited untuk senaraikan berjela-jela azam & impian untuk aku capai. Cukuplah sekadar dapat menjalani hidup ini dengan penuh kesederhanaan untuk bekalan di dunia dan di akhirat nanti. Aku tak minta lebih dan aku juga tak mahu kurang.

Dalam menghitung hari, tak lama lagi aku bakal menjadi isteri orang. Antara percaya dan tidak! Susah nak dijelaskan, tapi aku rasa perkahwinan adalah jalan yang terbaik. Kami pon dah lama kenal. Bersedia atau tidak untuk memikul tanggungjawab, aku serahkan pada diri masing-masing. Aku cuma berharap aku cukup sabar, tabah & redha dengan segala ketentuanNya selepas ini. Bukanlah aku meminta yang bukan-bukan cuma aku harus siapkan diri menghadapi segala kemungkinan. Aku sedar buat masa ini, masalah utama kami adalah dari aspek kewangan. Perlu hidup dan tinggal bersama! Hidup di tahun 2013! Dengan kos perbelanjaan yang semakin meningkat! Hamaigad! Panik dibuatnya. Tapi selagi kita bersama Allah, Allah pasti bersama dengan hambaNya yang dikasihi. Aku tanamkan tekad di dalam hati, bahawa tiada kesusahan yang melebihi keupayaan diriku. Yang lain aku serahkan kepadaNya.

2013, please be nice to me... to us!

^LoveMeCinta^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan