Rabu, 28 Mac 2012

Benci??

“Janganlah kalian saling dengki mendengki, jangan saling tipu menipu, jangan saling benci membenci, jangan saling belakang membelakangi dan jangan membeli suatu barang yang (akan) dibeli orang. Jadilah kamu sekalian hamba Allah Subhanawataala yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, tidak layak untuk saling zalim menzalimi, berbohong kepadanya dan tidak hirau kepadanya. Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikatakan jahat jika dia menghina saudaranya sesama Muslim. Haram bagi seorang Muslim dari Muslim yang lainnya, darahnya, hartanya, dan harga dirinya.” (Hadis riwayat Muslim).
Ya, pernah terbit di hati ini rasa benci pada seseorang. Err mungkin pada dua orang, owhh mungkin saja lebih. Ya Tuhanku ampunkan aku di atas rasa benci yang pernah wujud dalam hatiku. Apa puncanya rasa benci itu hadir? Ya, orang itu secara sengaja @ tidak telah menyakitkan hati, mengguris perasaan  & menjatuhkan maruahku di kalangan teman-teman lain. Rasa marah, benci semuanya bergumpal dalam hati. Sesekali diri ini menangis, memikirkan mengapa masih ada lagi manusia yang tidak matang yang bisa berkata tanpa berfikir tentang perasaan orang lain. Kepada Tuhan aku mengadu. Kepada tunang & sahabat aku bercerita tanpa membuka aib 'insan' itu. Mereka meminta aku bersabar, biarlah 'insan' itu sedar kesalahannya kepadaku. Dan kini, aku rasa mungkin beliau telah sedar akan keterlanjurannya. Dan andai saja dia meminta maaf, akan aku segera maafkan. Disebabkan beliau juga aku telah mempercepatkan proses 'penukaran' itu. Ya! aku telah nekad. Walaupun tunang aku seperti tidak merestui tindakanku itu (dia kira aku berubah disebabkan oleh apa yg berlaku).

Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Aku tak mahu dibenci, aku mahu diriku disayangi oleh semua orang (kalaulah boleh).  Apa yg boleh aku lakukan adalah dengan menghilangkan rasa benci yang ada dalam diri ini. Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Aku maafkan kamu~

^LoveMeCinta^

2 ulasan:

  1. marah macamana pun kita dengan orang , perlahan-lahanlah maafkan dia .. saya juga pernah membenci seseorang dalam hidup saya .. waktu itu teramat benci .. tapi sekarang alhamdulillah. saya sudah maafkannya. rasa tenang dalam hati ini. biar orang membenci kita. jangan kita yang membenci orang :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu dear, alhamdulilah skrg dh tak rasa apa pon...mungkin sbb kita dh belajar memaafkan & melupakan =)

      Padam