Jumaat, 22 Jun 2012

Work Work Work!

Hari ini aku rasa takde mood langsung  Tapi kerja tetap aku buat. Tak betah rasanya kalau duduk sahaja takde kerja. Aku bukan jenis macam tu. Memandangkan zon aku datangnya bermusim, jadi memang banyak masa senggangnya. So aku buat keputusan untuk tolong Amy mana yang patut. Alah, bukannya susah sangat pun. Dia pun paham dan tidak memaksa. So bila aku free barulah aku tolong. Yelah, kalau nak tolong zon lain rasnaya dorang tak berapa perlukan khidmat aku. Aku just kesiankan zon aku. Macam2lah yang orang labelkan zon aku tu. Tapi aku mengambil sikap ‘tak campur tangan’. Dua2 aku tolong bila perlu. Aku sedar aku memang tak layak, jadi aku hanya buat mana yang mampu dan bukannya nak memandai mandai. Jika ada yang aku tak paham, aku mesti akan cari dorang. Dan alhamdulilah, ilmu itu makin hari makin bertambah dan aku mula sukakan bidnag ini. Tak kisahlah apa yang orang lain nak cakap, yang aku tahu selagi aku diberikan tugas, aku pasti akan lakukannya sehabis baik!.

^LoveMeCinta^

Khamis, 21 Jun 2012

Sentap Mak!

Wahhh!panas, panas mengalahkan cempedak yang digoreng diwaktu hujan. Okay pagi ini aku betul2 tersentap lagi terkesima bila mendengar kata2 dari seorang 'sahabat'. Gara2 melihat satu post tentang 'setia' kami pun memulakan perbualan

'Haruslah setia, macam aku ni'. Aku memulakan bicara.
Laju saja 'sahabat' aku membalas. 'Huh, kau setia? lagi teruk dari aku adalah'. 
Okay fine, telinga dah agak berdesing nih tapi aku tahankan juga dengan mendiamkan diri. 
'Kalau setia, takkan mesej lelaki lainlah' sambungnya lagi. 
Perghhh!! satu tamparan hinggap di dahiku! 
'Owhh! kalau setia tak boleh mesej & kawan dengan sesiapa pun lah, macam tu?'
'Yelah, macam aku ni. Sejak aku kenal dia aku langsung putuskan hubungan dengan skandal2 aku dulu. Tak macam time bertunang dengan si A dulu, macam2 aku tipu dia. Bila dah kantoi, macam2 cara aku cover. So aku bersyukur sekarang aku dah tak macam tu.' End of the conversation.

Owhh camtu makna SETIA dia rupanya dan bajet dia tahu semuanyalah pasal aku. Okay, satu pengajaran buat aku kali ini. Jangan sesekali berkongsi kisah peribadi dengan orang lain even dengan 'sahabat'! Terlalu banyak pernilaian yang orang lain buat terhadap kita yang kadangkalanya tersangatlah terpesong dari cerita sebenar. Tak perlulah @ lebih mudah, tak guna nak memberikan penjelasan kepada mereka yang tak pernah cuba nak memahami @ tak mungkin akan memahami. 

Sifat manusia ini sama sahaja, mereka menganggap diri merekalah yang terbaik dan sering menjatuhkan orang lain. Ya tuhan, aku berfikir sejenak adakah aku juga begitu? Seandainya aku begitu, aku pasti/yakin tak pernah meluahkannya kepada orang lain dalam erti kata lain, aku takkan sesekali mengatakan sesuatu yang boleh menjatuhkan orang lain apatah lagi menjatuhkan air muka mereka dihadapan mereka! Nauzubillah min zalik. Itulah yang aku pelik, kenapa hanya aku saja yang berusaha untuk menjaga hati orang lain, hati sahabat2ku sedangkan mereka sesuka hati mengatakan perkara yang tidak benar kepadaku. 

Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri saja. Tak perlulah untuk aku membalas semua kata2. Biarlah mereka hendak berkata apa saja tentang diriku, seakan mereka lebih mengenaliku dari diriku sendiri. Dan jika benar aku bukanlah seorang yang setia, aku pasti telah menjadi seorang yang sangat teruk sekarang ini. Tak perlu lagi aku memandang ke belakang dengan mengingat segala yang telah berlaku sepanjang hidupku. Kisah sedih, merana, derita, gembira, bahagia, tertawa hanya aku saja yang tahu. Dan andai saja ada diantara mereka yang tahu, itu hanyalah secebis daripadanya. Wallahualam bissawab

^LoveMeCinta^

Selasa, 19 Jun 2012

Kawen?!

Simple kan tajuk post kali ni? huhu tapi tak sesimple cerita aku kali ini. Okay, sepatutnya majlis perkahwinanku pada tahun ini, walaupun masing-masing tak decide pon bila tarikh dan waktunya. Dia bajet dalam bulan 9, so aku pun dah makumkan kepada ahli keluaga yg lain. Tapi memandangkan semuanya masih belum dirancang, dia cadangkan padaku untuk menangguh sehingga awal tahun depan. Mula2 memanglah aku rasa frust sebab apa yg dirancang tidak menjadi tapi aku tahu pasti ada hikmahnya.

Aku pun cargas tengok tarikh2 yg sesuai, bulan 2 hurmm ok kot. So, kami ada 7 bulan lagi sebelum majlis. Memanglah banyak yg belum prepare, actually langsung tak prepare apa pun. Maklumlah macam mana nak decide kalau tarikh pon tak tentu lagikan. Aku mulakan dengan search butik2 pengantin yang ada di sekeliling aku & catering2 yang bajet murah tp 5 star hehe (ada ke?!). Dari beberapa butik/catering yg aku dah usha dari segi pakej/harga/kualiti adalah dua tiga yang aku berkenaan. Tapi yg cantik & sempurna kat mata aku tersangatlah tidak berkemampuan bagiku haha. Orang kata yg mahal tak semestinya terbaik dan yg murah tak semestinya tak bagus. Tapi yg murah tu adalah kurang tang make-up & persalinan dan yg mahal tu pula memanglah perfect dr segala segi kecuali soal KOS!

Bukan soal mampu ataupun tidak. Tapi memikirkan banyak lagi yang perlu diambil perhatian. Bukan soal pelamin, persalinan dan dekorasi yg indah saja, kad kahwin kepada saudara mara & teman-teman (kena guna kad tradisi sebab ramai tetamu vvip), makanan untuk para tetamu juga perlu sedap & mencukupi (lagi ramai tetamu yg dijemput lg besar bajetnya), cenderahati kepada tetamu juga perlu ada sebagai tanda ikhlas & terima kasih tuan rumah (takkan nak bagi telur sebiji mestilah kena ada bekaskan huhu). So memandangkan banyak lagi yang perlu disiapkan terpaksalah aku lupakan saja pelamin impian aku tu hehe. Bak kata orang putihlah kan, less is more.

^LoveMeCinta^

    

Jumaat, 25 Mei 2012

Pink!?


Halluuu! Ok mau stori sikit. Dulu time aku studi dulu faveret kaler aku adalah hitam. Boleh dikatakan satu almari penuh dengan baju kurung, seluar, blaus, shirt, kasut, beg, purse warna hitam. Tapi, bila aku dah mula kerja, itu kaler sudah kasi tukar maa! Aku addict kat warna pink! Bukan sebarang pink tau, tapi bright pink! Ok boleh imagine tak fon, baju kurung, tudung, purse, kasut semuanya warna pink terang! Hahaha aku memang semangat sikit kalau pakai kaler ni. Nampak sweet sangat! (>_<) So, bila nak raya je, mulalah aku rambang mata nak cari kain ela warna pink, kena tegur dengan my mum tu dah jadi perkara biasa. Antara ayat my mum "Asyik kaler pink je tiap tahun, taknak kaler lain ke?" hehe dan seperti biasa kata-kata itu hanya singgah sebentar je ke dalam telingaku ini dan akhirnya tetap juga ku rembat beberapa helai kain ela berwarna pink!

^LoveMeCinta^

Khamis, 24 Mei 2012

Namaku Siti Hajar

Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi akhirnya selama 26 tahun aku menggunakan nama Kareen dan kini aku telah mempunyai nama baru Siti Hajar. Sebenarnya sejak aku dilahirkan, aku memang suda mempunyai dua nama. Satu nama yang diberikan oleh Ayahanda tersayang dan kedua nama yang diberikan oleh arwah Atok. Dan sekarang, bermula tahun 2012 ini aku akan dikenali sebagai Siti Hajar, nama indah yang diberikan oleh arwah Atok. Walaupun aku tak pernah bertemu dengannya, sekurang2nya aku bangga dan syukur kerana satu2nya peninggalan yang diberikan kepadaku adalah namaku. Rakan2 di pejabat pon suda mula membiasakan diri dengan memanggilku Siti Hajar, cuma sesekali aku pula yang tersasul menggelar diriku Kareen (maafkan saya *take a bow). Bak kata kembar, ayong kan dah 27 tahun guna nama Kareen sebut tu tak biasa. Hehe takpelah adik, lama2 biaselah tu nanti InsyaAllah. Semoga dengan nama ini aku akan menjadi seorang muslimah yang sejati dan dikasihi Ilahi, Amin.

^LoveMeCinta^