Jumaat, 30 November 2012

Minggu Terakhir!~

Okay2, minggu depan startlah bulan Disember (dun forget my bufday wokehh). Dan bermakna, lebih kurang 2 bulan lagi masa yang aku ada untuk siapkan segala persiapan yang sepatutnya memang SUDAH SIAP 3 MONTHS BEFORE! (hamekkk kaww caps lock tu huhuhu). Takpelah nak buat macam mana. Kaki tangan ada sepasang je. Mana nak pikir soal kerja lagi uruskan kehidupan hari-hari. So, kalau ada masa pun hari minggu jelah itu pun encik tunang ngelat2 jugak cehh hahaha! Kalau nak diikutkan segala perancangan awal, memang semuanya sudah siap sebelum ini lagi. So nak tak nak, start bulan 12 ni confirm we're extremely busy! Takpe2 saya tak kisah (ayat sentap manok huhuhu). Time ni jelah nak busy pon. Aku rasa dugaan yang paling besar untuk berkahwin adalah soal DUIT @ KEWANGAN! Yess dat's true my dear. Kalau tak ada duit dalam 10k++ bagai bernafas dalam lumpur rasanya. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Barang2 semuanya dah mahal. Okay, aku pon bukanlah buat majlis grand tapi still perlukan duit untuk buat itu ini.

^LoveMeCinta^

Rabu, 21 November 2012

Cerita 2 Bulan!

 Mood hepi! Pasai pa tiba-tiba hepi? InsyaAllah, lagi 2 bulan aku bakal bergelar seorang isteri. Sweet kan? sweetlah sangat! Hahaha. Okay2 itu cerita hepi yang tak hepi lagi banyak kot huhu. 

Mula-mula sekali pasal butik kahwin. Hurmmm berdoa jelah semoga semuanya sama seperti  dalam gambar. Last week jumpa aku dah cancel baju nikah! Pasai pa? Macam ini ceritanya. Untuk pakej nikah + sanding, mula-mula dulu dia janji akan buat sekali baju nikah lelaki. Lepas tu tambah RM100 untuk baju lelaki. Dalam resit dah jelas tertulis "tambah baju lelaki RM100". Tapi sekarang lain pulak ceritanya. Dia kata pakej tu tak termasuk baju nikah lelaki, yang disediakan hanya baju nikah perempuan. Maksud tambah adalah untuk baju sanding lelaki. Sedangkan baju sanding lelaki dah memang include dalam pakej dan baju tu tak perlu buat baru sebab ready made! Hamaigad! Tambahnya lagi kalau nak buat baju lelaki kena tambah lagi duit. On the spot aku kata nak cancel baju nikah tu. So omission RM200 dari harga asal. Bila aku kata sikit sangat tolak tu. Dia kata pakej nikah yang aku ambik jenis "grand". Adoyai dah memang pelamin nikah itu je yang kau sediakan & boleh pulak kau nak salahkan aku yang pilih ala2 grand! Dahlah aku kena cari korset sendiri, kasut sendiri, bunga tangan sendiri. Patutnya tolaklah banyak sikit. Ni dia kata yang benda2 tu depend on customer sama ada nak guna dorang punya atau tak. Masa tu aku dah down habis sebab one by one. Kalau ada Khairul mungkin boleh back-up sebab time diskus dulu dia pon ada sama. Malas nak bertekak terus aku blah (member kata aku ni jenis lembut hati huhuhu). Nasib baiklah aku dah hantar kain nikah (hantaran masa tunang) kat tailor. So tinggal nak hantar kain Khairul jelah huhuhu cobaannnn!! 

Kad kahwin aku dah tempah minggu lepas juga. Belek punya belek last2 aku pilih kad petak 1 color. Ingatkan nak buat kad yang full color siap ada gambar depan tengah belakang haha! Berangan jelah sebabnya kami bukannya ada gambar bersama. Gambar time tunang pon tak ada. So nak memudahkan cara, buat saja kad tanpa gambar. Kosong kosong (nyanyi ala2 Najwa Latif hehe). Harga RM450 dan percuma 1 bunting. Bagi yang tak tahu bunting tu apa. Meh aku nak terangkan. Bunting tu yang bentuknya menegak ke bawah manakala banner tu yang melintang hehe paham semua?! Balik saja rumah, suatu penyesalan pada diriku. Dalam otak dok ligat berpusing, awat 1 color tak dapat lagi murah? Pasalnya, mula2 tauke tu kata kad tu boleh buat dua color untuk dua2 belah (refer tu that price lah). But lastly aku decide untuk guna 1 color saja (tak nak ada beza kedua2 belah). So mungkin ke aku patut dapat harga lagi murah?huhu serabut. Suka menyesal bila dah buat keputusan. Tak pernahnya nak tetap pendirianlah kau ni labuuuuuu!!

Untuk doorgift, barang hantaran dan segala aksesori aku akan cuba settlekan dalam bulan Disember nanti. Result HIV & daftar nikah pon akan selesai bulan tu. So elok sangatlah kan kelam kabut time tu huhuhu. Nak buat macam mana dan Khairul yang decide macam tu. Errr kad pon siap InsyaAllah bulan tu. Mana nak pos surat lagi. Memang buat kerja last minute namanya!!

Okay2 takmo pening kepala (tapi seronok sebenarnya hehe) baik aku teruskan main kira2 bajet. Errr aku ingat nak hire orang untuk buat candy buffet + chocolate fountain. Tengah survey2 harga lagi ni. Kalau ada duit lebih apa salahnya kan. Untuk para tetamu jugak hehe. Okay, adios gurl!

^LoveMeCinta^

Isnin, 29 Oktober 2012

Muara Hati

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna engkau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cintaaaaaaaaa
^LoveMeCinta^

Monday Blues!

Isnin terakhir di bulan Oktober 2012! Errr... Wow! serius macam tak percaya dah nak masuk bulan November! Hamaigad! Panik tahap kronik! (Just imagine bunyi siren keretapi kala anda cuba melintas di landasan) hahaha LOL! Cemaskan? surelah cemas. Lagi berapa bulan saja aku akan diijabkabulkan INSYAALLAH!
Tapi, adakah semua urusan WAJIB aku dah selesaikan? Errr.... let me think... think... think ZzzZ...!
Nampak sangatlah belum! Okay, ada yang dah settle & ada yang masih dalam tindakan & perhatian. Kursus kahwin, sewa dewan, hire katering, tempah andaman, beli bunga pahar & bunga telur, gubahan hantaran semuanya SIAPPPP! (telah diambil tindakan hahaha) Yang belum adalah perkara yang WAJIB seperti HIV test, permohonan kahwin etc....
Iklannnnnnnnnnnnn..... radio pasang lagu GAMBUS JODOH by P.RAMLEE (mood: tak boleh blah hahaha)
Sambung balikkkkkk!
HIV test aku minggu depan, INSYAALLAH! Result keluar dalam masa sebulan (lamanya nak tunggu). Huhuhu sorry no choices, sapa suruh buat lambatkan (~_~) Bukannya apa, kalau lambat dapat result bermakna lambatlah untuk proses yang seterusnya iaitu permohonan kahwin. Takpelah mungkin akan dipermudahkan untuk urusan yang lain-lainnya. Sabar ye Cik Tomei!
Aku masih belum beli barang hantaran lagi, cadangnya hujung tahun. Errr... tak terlambatkan? Al-maklumlah kena selesaikan hal2 yang besar2 dulu. Owhh ye! hampir terlupa, aku masih belum tempah kad kahwin, hamaigad!!! (serius memang terlupa sekejap hehehe) Yang tu, aku serahkan kepada En.Tunang untuk uruskan. Ada juga aku cuba untuk buat sendiri kad kahwin tu, bak kata oranglah kan nak sentimental value tapi separuh jalan jer. Tiba2 mood malas datang & jalan yang paling mudah tempah jelah hehehe! Ok sambung lagi nanti... daaa!!

^LoveMeCinta^

Sabtu, 23 Jun 2012

Aku!

Aku seorang wanita
Yang dicipta daripada rusuk seorang lelaki
Seorang lelaki yang dicipta oleh Ilahi
Yang berjodoh denganku sejak azali
Aku wanita yang ingin dikasihi
Yang mahu disayangi dan dicintai
Yang pastinya ingin dimiliki
Dimiliki oleh seseorang yang sudi
Seseorang yang tahu menghargai dan menjaga hati
Yang sentiasa berusaha untuk melindungi
Yang berbudi dan memahami
Dan yang hanya melabuhkan cintanya buatku
Demi meraih cinta Ilahi

^LoveMeCinta^