Jumaat, 31 Mei 2013

Be Mine 4Ever!

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you

Isnin, 21 Januari 2013

Counting Days!

Alhamdulilah, syukur Ya Allah. Masih dikurniakan segala rahmatMu. InsyaAllah lagi 10 hari saja lagi majlisku akan berlangsung. Dan di kala ini hatiku mula berdebar-debar memikirkannya. Takut pun ada andai segala yang dirancang tidak berjalan lancar seperti yang diidamkan. Aku hanya berserah kepadaMu Tuhan. Al-maklum sajalah, ini merupakan majlis perkahwinan anak sulung & bongsu jadi debarannya lain macam sikit. 

InsyaAllah dalam baki hari yang masih tinggal ini kami akan cuba siapkan segala yang perlu sebelum menjelang majlis. Encik Tunang pon dah start cuti minggu depan. Aku, ayah & mama pon dah mohon cuti untuk seminggu, cuma kembar saja yang akan bersekolah Selasa & Rabu depan. Hurmm apa lagi yang belum selesai? Okay, lusa aku plan nak pi fitting baju sanding dengan Encik Tunang. Ada tak aku mention sebelum ni pasal tukar baju (pengantin dah tak ikut tema majlis huhuhu!!). Anyway, harap2lah baju aku tu muat & selesa dipakai tak macam yang sebelum ini. Huhu kalau tak muat tak tahulah nak buat macam mana (stresssssssssssss!!). 

Back to plan, Khamis ni cuti, so mungkin yang lain balik Selayang. Jumaat aku kerja & kembar kena sekolah (macam ulang-alik je kami nih huhuhu). Hari Ahad mungkin aku akan keluar beli barang hantaran dengan Encik Tunang (memang suka buat kerja last minute huhuhu!!). Then ingat nak pi cari goodies time Majlis Sanding nanti dalam 500pax hopefully cukuplah kalau tak memang exceed the budget LOL! Aku ingat nak pi serbu NSK Selayang (dah lama aim tempat ni sebab banyak pilihan hehehe!!). Okay settle bab goodies untuk bebudak! Itu saja kot, ok bye huahua!!

^LoveMeCinta^

Rabu, 2 Januari 2013

Berkahwin? Untuk Apa?

Merujuk kepada tajuk di atas, bagi aku berkahwin bukanlah untuk suka-suka. Rasa nak kahwin, korunk kahwin. Nanti dah tak suka masing-masing angkat kaki blah! Perkahwinan adalah suatu ikatan yang suci, yang akan memelihara hubungan suami, isteri dan anak-anak.
Seseorang yang memikirkan perlunya berkahwin, pemikirannya lebih bermatlamat, matang dan halatujunya kepada sebuah perkahwinan. Dengan adanya pemikiran yang bermatlamat, akan membawa kepada siapa yang wajar untuk kita kahwini. Gadis sepertimanakah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak kita. Suami manakah yang akan menjadi pemimpin dalam keluarga kita nanti.
Kebahagiaan itu perlu diusaha. Ketenangan itu perlu dicipta. Kegembiraan tidak datang begitu sahaja. Pernikahan itu membantu kita menundukkan pandangan bila suami isteri berusaha menampilkan akhlak yang baik kepada pasangan masing-masing. Jika hati kita kosong dari petunjuk tuhan, bersedialah menghadapi persengketaan yang dihembus syaitan yang berlegar di sekeliling kita.
Ya, bukannya mudah untuk merasa tenang, bukannya mudah unuk ketenangan itu meliputi suasana rumahtangga kita. Tapi ia mudah dan selalu terjadi buat pasangan yang selalu mengikat hati dengan tuhan. Mempamer wajah yang tenang dengan senyuman kerana ia mengharap keredhaan tuhan. Melayani pasangan dengan baik, walaupun pasangan telah melukai hatinya, kerana ia memilih memaafkan kerana Allah.
Kesimpulannya, jika kita melangkah ke fasa seterusnya, dari bujang kepada hidup berumah tangga maka perlulah ditanyakan diri sendiri mengapa perlunya kita berkahwin. Kenapa perlunya perkahwinan itu berlaku? Sesungguhnya, dalam lautan manusia di bumi Allah ini kita memilih untuk mendamba hidup pada hanya seorang sahaja. Tidak bosan kah? Tidak jemu kah? Tak mual kah? Menatap wajah yang sama saban hari selama bertahun-tahun. Persoalan ini hanya bisa kita jawab bila kita melalui titian perkahwinan itu sendiri. Wallahualam bissawab.

^LoveMeCinta^

Welcome 2013!

Alhamdulilah, syukur Ya Allah! Diri ini masih diberi kesempatan untuk terus hidup, bernafas & menghambakan diri kepadaMu. Selamat tahun baru! Selamat datang 2013! Semoga semua perancangan & impian untuk tahun ini akan berjalan sesuai dengan kehendakNya. 

Seperti biasa, rata-rata orang mengatakan tentang azam baru sempena dengan kehadiran tahun baru ini. Yang mana bagi aku, apalah ada pada azam & cita-cita jika tidak disertai dengan usaha yang gigih & tawakal kepadaNya. Aku sendiri tidaklah begitu excited untuk senaraikan berjela-jela azam & impian untuk aku capai. Cukuplah sekadar dapat menjalani hidup ini dengan penuh kesederhanaan untuk bekalan di dunia dan di akhirat nanti. Aku tak minta lebih dan aku juga tak mahu kurang.

Dalam menghitung hari, tak lama lagi aku bakal menjadi isteri orang. Antara percaya dan tidak! Susah nak dijelaskan, tapi aku rasa perkahwinan adalah jalan yang terbaik. Kami pon dah lama kenal. Bersedia atau tidak untuk memikul tanggungjawab, aku serahkan pada diri masing-masing. Aku cuma berharap aku cukup sabar, tabah & redha dengan segala ketentuanNya selepas ini. Bukanlah aku meminta yang bukan-bukan cuma aku harus siapkan diri menghadapi segala kemungkinan. Aku sedar buat masa ini, masalah utama kami adalah dari aspek kewangan. Perlu hidup dan tinggal bersama! Hidup di tahun 2013! Dengan kos perbelanjaan yang semakin meningkat! Hamaigad! Panik dibuatnya. Tapi selagi kita bersama Allah, Allah pasti bersama dengan hambaNya yang dikasihi. Aku tanamkan tekad di dalam hati, bahawa tiada kesusahan yang melebihi keupayaan diriku. Yang lain aku serahkan kepadaNya.

2013, please be nice to me... to us!

^LoveMeCinta^

Jumaat, 28 Disember 2012

What? Lagi Sebulan??

Yes, dats true bebeh! Lagi sebulan lagi majlis aku akan berlangsung InsyaAllah! Last week aku dah settlekan borang permohonan kahwin. Dan tak tahulah nak kata berita gembira atau kurang gembira, majlis nikah aku nanti akan dipercepatkan sehari! That means, tarikh pernikahan aku nanti adalah pada 31 Januari 2013 (malam jumaat tu haha!) Kiranya, kami semua ada gap sehari so bolehlah cool down sikitkan takdelah nampak kelam kabut. Alhamdulilah, semuanya dah settle. Time hantar borang permohonan tu aku sempat cakap kuat-kuat 'Bagusnya semua dah settle' dan ayah sempat ketawakan aku, katanya belum settle lagilah haha! Excited pulakkan (tetibe aku rasa semuanya dipermudahkan, syukur!)

And finally, kad kahwin yang aku tunggu2 selama ini telah siap! Exactly macam yang aku nak, dari segi design & warna. Biarlah nampak simple (memang simple sesangat pon!) tak ada gambar. corak, kerawang2 & segala macam hiasan yang ada cuma wording! Errr...oklah kot family aku pon tak ada komen apa huhu. Ingatkan nak letak reben, tapi macam tak 'kena' pulak hurmm! Kad dah siap, so bolehlah diagih-agihkan kepada tetamu. Member2 ofis aku akan bagi 2 minggu sebelum majlis. Bukannya apa, aku takut dorang terlupa kalau bagi awal2 hehe! Owhh ya, cuma banner & bunting saja yang belum siap. Harap2nya sempatlah mereka siapkan sebelum majlis.

Okay apa lagi yang belum settle ya?? Let's check it out!
  1. Baju sanding belum siap! Belum fitting lagi! Ya ampun! Janganlah sampai baju tu tak muat & tak sesuai pulak tiba2 masalah aku nanti mana nak cari baju lain!! Arghhh!!! Yang ni memang bagi aku tekanan dari mula2 lagi. Sebabnya servis dorang OUT!! Ok, takmo fikir dah sobb sobb...
  2. Barang hantaran belum beli lagi (huhu lambatnya encik tunang nak ajak shopping). Dah beli barang nanti baru boleh ready untuk gubah hantaran. Errr...pandai ke aku gubah sendiri nanti?? Hamaigad!! 
  3. Untuk doorgift macam Twiggies, telur & buah nak dekat2 majlis nanti baru boleh beli. 
  4. Memandangkan kat butik kasut & bunga tangannya YANG ADO! so aku kenalah cari yang lain. Tapi till now aku tak jumpa lagi kasut yang padan dengan baju sanding tu (ni pon masalah jugak sobb sobb)
  5. Banner, banting, Yasin semuanya akan siap InsyaAllah dalam masa 2 minggu lagi. So takde masalah rasanya hehe!
Ok that's all for now, Adios babe!

^LoveMeCinta^