Wahhh!panas, panas mengalahkan cempedak yang digoreng diwaktu hujan. Okay pagi ini aku betul2 tersentap lagi terkesima bila mendengar kata2 dari seorang 'sahabat'. Gara2 melihat satu post tentang 'setia' kami pun memulakan perbualan
'Haruslah setia, macam aku ni'. Aku memulakan bicara.
Laju saja 'sahabat' aku membalas. 'Huh, kau setia? lagi teruk dari aku adalah'.
Okay fine, telinga dah agak berdesing nih tapi aku tahankan juga dengan mendiamkan diri.
'Kalau setia, takkan mesej lelaki lainlah' sambungnya lagi.
Perghhh!! satu tamparan hinggap di dahiku!
'Owhh! kalau setia tak boleh mesej & kawan dengan sesiapa pun lah, macam tu?'
'Yelah, macam aku ni. Sejak aku kenal dia aku langsung putuskan hubungan dengan skandal2 aku dulu. Tak macam time bertunang dengan si A dulu, macam2 aku tipu dia. Bila dah kantoi, macam2 cara aku cover. So aku bersyukur sekarang aku dah tak macam tu.' End of the conversation.
Owhh camtu makna SETIA dia rupanya dan bajet dia tahu semuanyalah pasal aku. Okay, satu pengajaran buat aku kali ini. Jangan sesekali berkongsi kisah peribadi dengan orang lain even dengan 'sahabat'! Terlalu banyak pernilaian yang orang lain buat terhadap kita yang kadangkalanya tersangatlah terpesong dari cerita sebenar. Tak perlulah @ lebih mudah, tak guna nak memberikan penjelasan kepada mereka yang tak pernah cuba nak memahami @ tak mungkin akan memahami.
Sifat manusia ini sama sahaja, mereka menganggap diri merekalah yang terbaik dan sering menjatuhkan orang lain. Ya tuhan, aku berfikir sejenak adakah aku juga begitu? Seandainya aku begitu, aku pasti/yakin tak pernah meluahkannya kepada orang lain dalam erti kata lain, aku takkan sesekali mengatakan sesuatu yang boleh menjatuhkan orang lain apatah lagi menjatuhkan air muka mereka dihadapan mereka! Nauzubillah min zalik. Itulah yang aku pelik, kenapa hanya aku saja yang berusaha untuk menjaga hati orang lain, hati sahabat2ku sedangkan mereka sesuka hati mengatakan perkara yang tidak benar kepadaku.
Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri saja. Tak perlulah untuk aku membalas semua kata2. Biarlah mereka hendak berkata apa saja tentang diriku, seakan mereka lebih mengenaliku dari diriku sendiri. Dan jika benar aku bukanlah seorang yang setia, aku pasti telah menjadi seorang yang sangat teruk sekarang ini. Tak perlu lagi aku memandang ke belakang dengan mengingat segala yang telah berlaku sepanjang hidupku. Kisah sedih, merana, derita, gembira, bahagia, tertawa hanya aku saja yang tahu. Dan andai saja ada diantara mereka yang tahu, itu hanyalah secebis daripadanya. Wallahualam bissawab
^LoveMeCinta^